Zaman sekarang orang kata susah cari cara menyimpan duit gaji RM1000. Banyak komitmen dan juga hutang yang nak dibayar setiap bulan. Tapi nak tak nak kena paksa juga menabung supaya ada simpanan untuk waktu kecemasan.
Walaupun tangga gaji minimum di Malaysia mula dinaikkan ke RM1200 tetapi masih ada yang belum naik disebabkan syarikat masih belum mampu penuhi sasaran pendapatan.
Jadi ramai yang masih kekal di tangga gaji lebih kurang RM1000 sebulan.
Ada pelbagai cara yang kreatif boleh anda cuba untuk mula menyimpan. Walaupun mungkin nampak sukar nak wujudkan budaya menabung disebabkan perbelanjaan bulanan yang perlu dipenuhi.
Namun mana tahu kalau-kalau dengan cara di bawah ini anda boleh ada disiplin menyimpan.
Tips Cara Menyimpan Duit Gaji RM1000 ~ RM1200
1- Senaraikan Semua Komitmen Bulanan
Mula-mula anda perlu senaraikan jumlah dan pembahagian gaji untuk komitmen bulanan.
Contohnya komitmen bayaran rumah, kenderaan atau pengangkutan, bajet untuk makan dan keperluan asas diri.
Contoh Senarai Komitmen Bulanan:
- Bayaran tempat tinggal (Sewa bilik, rumah)
- Pengangkutan (tambang bas/MRT, minyak motor atau kereta, toll)
- Keperluan makan dan minum (Masak sendiri atau di kedai)
- Keperluan asas diri ( pakaian, penjagaan diri, makanan tambahan)
Ini adalah asas perbelanjaan bulanan yang perlu anda penuhi dari gaji sedia ada. Pastikan ia ditolak siap-siap dahulu usai terima gaji supaya tidak terguna.
2- Asingkan 10% Dari Gaji (Pendapatan Bulanan) Anda
Mengikut petua dari pakar kewangan, kita digalakkan untuk asingkan jumlah 10% dari pendapatan untuk disimpan secara tetap.
Jika takut terguna duit gaji, anda boleh cuba buat potongan tetap secara bulanan untuk dimasukkan ke mana-mana pelaburan terjamin.
- Contoh : 10% x RM1000 = RM100 (simpanan tetap setiap bulan)
Antaranya adalah seperti Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Tabung Haji ataupun jenis simpanan tetap (Fix Deposit) yang tidak boleh dikeluarkan dalam masa beberapa tahun.
3- Tambah Pendapatan Sampingan
Selain dari kerja tetap, anda juga boleh pertimbangkan untuk buat dua kerja untuk tambah pendapatan (side income). Antaranya ialah, menjadi penghantar makanan, buat jualan dari dropship dan juga affiliate marketing.
Pilih kerja sampingan yang tidak perlukan anda keluarkan modal yang besar untuk bermula.
Antara kerja sampingan online termasuklah menjadi penulis di blog orang (seperti saya sendiri...).
Selain itu jika anda ada kemahiran seperti boleh berbahasa lain seperti Inggeris dengan baik, anda juga boleh jadi seorang penterjemah secara sambilan.
Jangan mudah terpedaya dengan janji manis mereka yang minta anda keluarkan wang yang banyak untuk modal permulaan perniagaan.
Ada juga yang sampai minta untuk simpan stok barang jualan yang banyak mahupun bayaran pendaftaran yang besar untuk mulakan perkerjaan sampingan.
Jadi perhatikan jenis perniagaan online yang sesuai untuk anda.
4- Simpanan Dalam Bentuk Emas
Antara salah satu cara untuk 'kunci' simpanan adalah dalam bentuk emas (gold bar). Ianya kalis inflasi dan juga meningkat nilai dari semasa ke semasa.
Namun harus diingat bahawa emas bukanlah suatu bentuk pelaburan jangka pendek.
Anda akan rugi dengan nilai susut yang banyak jika dijual sebelum harganya naik.
5- Elakkan Pembaziran dan Boros Berbelanja
Cuba elakkan pembaziran dan kurangkan tabiat boros berbelanja. Kadangkala memang agak sukar nak elakkan diri dari berbelanja.
Lagi-lagi kalau ada potongan harga dan promosi atas barang yang kita suka. Betul kan?
Namun apabila anda perlu membeli, anda boleh pilih untuk berbelanja di kedai yang lebih murah.
Amalkan Simpan Duit Untuk Masa Depan
Jadi sebenarnya antara cara yang paling berkesan untuk menyimpan duit gaji RM1000 adalah dengan konsisten. Maksudnya simpan walaupun sedikit tetapi berterusan.
Selain itu juga cuba untuk tidak usik duit simpanan kecuali waktu kecemasan sahaja.
Dengan ini, kita akan terbiasa dan dapat menahan diri dan kurangkan rasa nak berbelanja lebih dari kemampuan.
Semoga diberi kemudahan untuk anda untuk mula menyimpan duit dari sekarang walaupun gaji yang diterima rendah.
2 Comments
tq tips nya tu.. pernah gak cuba semua tips tu tapi hehehe end up masih rs x cukup.. adehh tapi igt tahun depan nak start balik menabung secara kecil kecilan eh ada eh ? :p harap tercapai laaaa
ReplyDeleteSama lah nak menabung balik ni. Kecil-kecilan pun ok je hehe
Delete