Advertisement

Review Syampu Untuk Rambut Gugur dan Kelemumur

Walaupun bertudung kita tetap kena jaga kulit kepala dari berkelemumur dan berbau. Masalah rambut rosak, tidak bermaya dan juga berkelemumur memang agak biasa lagi-lagi untuk remaja yang baru nak meningkat umur. 

Jadi, entri kali ni nak review beberapa shampoo yang digunakan untuk atasi masalah kelemumur teruk ini.


Review Syampu Untuk Rambut Kelemumur

Dah cuba beberapa jenama syampu setakat ini cuma ada tiga yang pada saya terbaik dari segi formulasinya, harga yang mampu milik dan juga tidak menyebabkan kulit merengsa, pedih dan gatal.

1- HIMALAYA Anti-Dandruff Shampoo Gentle Clean

Ini antara yang dah digunakan dalam masa yang agak lama juga. Masalah kelemumur memang berjaya diatasi. Ini antara jenama syampu kurangkan masalah kelemumur yang agak lama saya guna. 

Sekurang-kurangnya kulit kepala tidak terlalu gatal dan juga merengsa. Agak lembut dan tidak sebabkan alergi pada kulit cuma ia agak mahal. 

2- SAFI Shayla Anti Dandruff

Syampu dari jenama SAFI sekarang banyak yang sudah diformulasikan dengan tambahan Habbatus Sauda dan minyak Argan. Selain itu ada juga terdapat menthol untuk menyejukkan dan segarkan kulit kepala. 

Tetapi entah ya, saya kurang gemar dengan syampu yang ada menthol. Rasa sejuk dikepala buatkan saya rasa tidak berapa selesa. 

Untuk masalah kelemumur pula, saya boleh katakan syampu ini mungkin kurang berkesan untuk saya.

3- Clear Dandruff Shampoo

Untuk paling terkini adalah Clear syampu untuk masalah kelemumur. Memang agak menarik sebab masalah kelemumur berjaya diatasi dengan harganya yang mampu milik. 

Selain itu, Clear juga didatangkan dengan formula menghalang kelemumur dari muncul semula dalam masa yang agak lama. 


Punca Rambut Berkelemumur 

Masalah kulit kepala gatal yang menyebabkan kulit kepala menggelupas, kemerahan dan bersisik dipanggil kelemumur.

Kelemumur boleh disebabkan oleh pelbagai sebab, termasuklah, 

  • Keradangan yang berlaku pada kulit kepala
  • kulit kepala yang terlalu berminyak
  • Penggunaan syampu yang tidak sesuai pada rambut
  • Ketidakstabilan hormon badan

Menurut sumber, antara pilihan syampu yang sesuai untuk menghilangkan masalah kelemumur termasuklah syampu yang mengandungi Pyrithione Zink, Selenium Sulfide, Salicylic Acid dan formulasinya berasaskan tar. 

Selain itu, amalan gaya hidup sihat dan juga amalkan makan makanan sihat contoh seperti Mediterranean smoothie  yang berasaskan buah-buahan dan sayuran segar juga boleh membantu dapatkan kulit kepala yang sihat.

Oleh itu, sebelum nak beli syampu cuba pastikan antara bahan-bahan diatas ada dalam kandungannya supaya masalah kelemumur dapat diatasi.

Post a Comment

0 Comments