Pengalaman guna Eucerin Ultrawhite Spotless untuk kurangkan jeragat ni adalah dalam beberapa bulan lepas. Masa tu jeragat tengah berlumba-lumba muncul dekat kulit muka. Kemudian ada peluang dapat cuba krim anti jeragat Eucerin ni pula.
Jadi haruslah dicuba untuk lihat keberkesanannya untuk pudarkan jeragat dan bintik hitam. Antara aktiviti suri rumah ni antaranya kena jemput anak balik sekolah, keluar beli barang dan memasak.
Jadi kadangkala suri rumah boleh rasa penat dan tertekan sampai terlupa nak jaga kulit muka sendiri. Maka dengan adanya bantuan seperti krim anti jeragat dan perlahankan proses penuaan ni, maka boleh sedikit sebanyak bantu kita jaga kulit muka dengan lebih baik.
Pengalaman Guna Eucerin UltraWHITE Spotless Review
Saya guna secara berterusan selama 14 hari berturut-turut. Caranya sapukan krim anti jeragat Eucerin Ultrawhite Spotless di bahagian kulit yang bermasalah seperti bintik hitam, jeragat dan juga tona kulit yang tidak sekata.
Dalam masa itu, memang nampaklah kesan yang positif. Antaranya jeragat memudar cuba tidak hilang sepenuhnya. Kena guna secara berterusan dan konsisten.
Jeragat dan juga bintik hitam semakin memudar |
Punca Muncul Jeragat, Bintik Hitam dan Tona Kulit Tidak Sekata
Antara sebab munculnya jeragat, bintik-bintik hitam selain tona kulit yang kurang sekata ini ialah kulit terdedah dengan pencemaran, tidak dilindungi dengan krim pelindungan sinar matahari yang sesuai.
Selain itu juga mungkin juga tekanan dan faktor pemakanan yang kurang sihat juga boleh cepatkan kesan penuaan ini muncul di kulit wajah.
Eucerin UltraWHITE Spotless ini mengandungi bahan aktif Thiamidol. Ia telah dibuktikan dengan kajian mendalam bahawa dapat bantu mengurangkan jeragat dan bintik hitam dalam masa empat minggu.
Selain itu formulanya juga dirumus untuk mengekalkan kelembutan kulit.
Sepanjang masa saya guna, ia tidak mengeringkan kulit dan juga tiada pengelupasan luar biasa yang berlaku. Jadi memang agak sesuai dengan kulit saya yang dalam kategori kering ni.
2 Comments
skrg macam2 produk ada kan untuk merawat jeragat ni...
ReplyDeleteBetul Kak Ret, tapi kena tengok yang mana sesuai dengan kulit kita.
ReplyDelete