Advertisement

5 Cara Simpan Duit Kahwin Boleh Dicuba

Kalau sebut nak kahwin ni biasanya antara cabarannya ialah macam mana nak simpan duit kahwin? Perbelanjaannya bukan sahaja setakat majlis dan kenduri. 

Tetapi juga termauk duit mas kahwin, hantaran, cenderahati untuk tetamu dan juga belanja selepas kahwin.

Kebiasaannya pasangan selepas bertunang dah mula menyimpan dan menabung untuk persediaan majlis. Lainlah kalau ada yang sponsor, mudah sahaja tak perlu fikir tentang bajet untuk kahwin. 

Tetapi, kebanyakkan dari kita memang kena keluarkan duit sendiri. 

cara simpan duit untuk kahwin

Tips dan Cara Simpan Duit Kahwin Dalam Masa Singkat

Jika anda dalam perancangan berkahwin dalam masa setahun, maka perancangan untuk majlis dan sebangainya sudah perlu dibuat bersama. 

Sambil menyimpan duit ada beberapa perkara yang perlu anda dan pasangan ambil kira. Antaranya ialah;

1- Tentukan Nilai Mas Kahwin

Nilai mas kahwin ini kebiasaannya ikut negeri tempat bernikah. Tetapi ada juga yang bagi lebih kepada pasangannya ikut kesesuaian.

 Jadi apabila jumlah sudah mencukupi asingkan dana tersebut dan jangan gunakan untuk beli keperluan lain.

2- Rancang Jumlah Hantaran dan Nilainya

Dalam masa yang sama, anda dan pasangan perlu berbincang tentang jenis dan juga jumlah hantaran kahwin. Sebagai contoh 5 dulang berbalas 7 hantaran. Ataupun 7 dulang berbalas dengan sembilan. 

Bukan itu sahaja, apa jenis hantaran yang hendak diberikan? 

Plan siap-siap supaya tidak tersasar dari bajet yang telah ditetapkan. 

Kebanyakan barang hantaran adalah barangan peribadi yang boleh digunakan kelak. Contohnya, persalinan, kasut, gelang tangan, beg tangan dan sebagainya.

3- Rancang Majlis Perkahwinan yang Sesuai

Perancangan untuk majlis perkahwinan juga perlu dibuat dengan lebih awal. Seeloknya berbincang dengan pasangan jenis dan tema majlis yang anda berdua mahukan. 

Adakah jenis majlis atau kenduri yang simple dan sederhana, meriah dan glamorous ataupun cukup sekadar majlis doa selamat yang ringkas. 

Yang penting rancang dengan berhemah supaya tiada pembaziran berlaku atas kehendak yang akan memakan diri kelak. 


Antara 5 Tips Cara Simpan Duit Kahwin dengan Berkesan

1- Bertindak Secara Realistik

Anda perlu realistik dalam merancang perbelanjaan. Jika gaji anda sekitar RM2500 sebulan. Dan anda simpan dalam 20% daripada jumlah tersebut iaitu RM500. 

Anda cuma ada RM2000 belum lagi ditolak dengan KWSP dan SOCSO, kemudian belanja sewa rumah, pengangkutan dan juga keperluaan peribadi. 

Adakah ianya cukup sehingga anda tidak perlu 'ikat perut' tengah bulan? Maka, mungkin jumlah simpanan tetap yang sesuai adalah sekitar RM350 sebulan. 

2- Simpan Secara Konsisten

Sebagai contoh anda perlukan lebih kurang RM10,000 untuk perbelanjaan perkahwinan. Jadi dalam masa setahun anda perlu simpan dalam RM834 sebulan. 

Buat keputusan secara realistik berapa jumlah sebenar yang mampu anda simpan dan boleh ketepikan secara tetap setiap bulan.

Jika jumlah ini terlalu besar untuk diketepikan setiap bulan, maka anda mungkin perlu berbincang dengan pasangan untuk memberi tempoh sekitar setahun lebih hingga ke dua tahun sebelum majlis nikah dilangsungkan.

3- Simpan Rekod Perbelanjaan Bulanan

Penting untuk anda simpan rekod perbelanjaan bulanan. Jadi dari senarai itu anda boleh lihat sama ada anda beli dan belanja ikut keperluan ataupun kemahuan. 

Dari rekod perbelanjaan ini juga anda boleh lihat dekat mana anda berbelanja yang paling banyak setiap bulan yang sebenarnya.

Maka, anda boleh boleh buat penilaian bahagian mana yang boleh dikurangkan dan seterusnya dapat berjimat.

4- Buat Bajet Bulanan

Bajet bulanan boleh dibahagikan kepada contohnya kereta atau pengangkutan, makan/minum, bil-bil dan keperluan peribadi. 

Asingkan siap-siap setiap bajet mengikut kategori dan rekodkan setiap kali anda keluarkan duit untuk setiap kategori di atas. 

Setiap kali anda tersasar atau terlebih gunakan bajet yang telah dikategorikan, cuba tambah semula dalam tabungan untuk bulan hadapan selepas terima gaji.

5- Gunakan Cara Kreatif Untuk Menyimpan Duit

Ada yang gunakan cara kreatif seperti buat tabung berwarna dengan bahan terpakai seperti botol mineral besar untuk kumpul duit kahwin. Sebagai contoh, tabung merah untuk wang RM10 dan tabung hijau untuk wang RM5. 

Tak ada yang salahnya dengan cara ini. Malah ia lebih baik lagi kerana ada dorongan untuk anda kerap menyimpan.

Tekad Untuk Simpan Duit Kahwin 

Yang sebenarnya kehidupan selepas berkahwin yang lebih mencabar. Simpanan juga penting untuk mulakan hidup baru sebagai sepasang suami isteri. 


Post a Comment

0 Comments