Tahun ni anak dah mula nak masuk sekolah baru. Jadi buku-buku lama ada yang beliau nak simpan. Termasuk juga koleksi komik-komiknya. Saya plan beli dan pasang rak buku bertutup IKEA sahaja asalnya.
Bukan apa, kalau terbuka ni takut-takut banyak habuk dan sebagainya. Mula-mula survey rak buku bertutup murah-murah di kedai perabot sekitar rumah.
Tapi design yang saya mahukan tiada dalam stok.
Beli dan Upah Pasang Rak Buku Bertutup IKEA dengan Personal Shopper
Kami pergilah survey di IKEA Tebrau kononnya nak beli bawa balik. Plan asal nak pasang sendiri sahaja rak buku Billy/Oxberg. Jadi bila dah tengok depan mata rupanya tinggi dia dalam dua meter.
Tak muat pula nak masuk kereta.
Bincang dengan husband dia cadangkan tempah dengan IKEA Personal Shopper sahaja. Lebih mudah katanya. Lagipun masing-masing penat nanti nak pasang sendiri. Saya survey harga upah ps yang ada disekitar Johor Bahru untuk perbandingan.
Dapat seorang PS Ikea yang ada slot untuk hantar dan pasangkan dalam masa terdekat. Kena beratur juga ya. Dia pun kena hantar mana-mana customer yang order dahulu.
Sebelum ni pernah order katil single IKEA dengan almari baju.
Rak Buku Bertutup IKEA Billy/Oxberg
Rak buku nama dia Billy. Item Oxberg tu adalah pintu kaca atau gabungan pintu kaca dan kayu. Cadangan dari suami beliau nak ada satu rak buku yang terbuka tanpa perlu pintu kaca.
Okey lah akhirnya design kami seperti di bawah ni.
Rak buku bertutup IKEA Billy Oxberg |
Boleh Gabung Dengan Rak Buku Lain Jika Sesuai Saiz
Elok juga rupanya kalau digabungkan rak buku berpenutup dengan terbuka. Yang terbuka si kecil letak permainan beliau disitu. Mudah nak ambil dan simpan semula.
Rak ni kami letak di bahagian ruang tamu sahaja. Mudah diakses. Lagipun saya pun senang nak ambil buku-buku yang dah dibeli untuk dibaca. Taklah jadi tukun sahaja di situ kan.
Lagi satu disebabkan rak buku ni agak tinggi dalam dua (2) meter, kalau boleh kena ikat atau pakukan ke dinding. Risau pula kot anak-anak memanjat nak ambil buku atau barang. Jadi selamat sikit kalau dah dilekatkan ke dinding terus.
0 Comments