Teringat masa lepas jadi pengantin baru dulu rezeki dapat sewa rumah dengan tempat kerja. Cuma rumah tu totally kosong tak ada barang langsung. Jadi kami pun buat satu list barang keperluan asas masuk ke rumah baru. Walaupun rumah sewa tapi masih nak rasa selesa juga kan.
Rasa bersyukur sangat masa tu ramai yang bagi hadiah kahwin yang berguna untuk kami pakai. Jadi dah jimat banyak sebab tak perlu nak beli barang tambahan. Gunakan dari apa yang ada dulu.
Cuma untuk anda, saya sediakan list di bawah ini sebagai rujukan dan panduan beli barang untuk rumah baru sama ada baru beli ataupun sewa.
Senarai Barang Keperluan Rumah Baru
Dalam topik ini, kita boleh bahagikan kepada tiga jenis keperluan. Tak semestinya kena beli terus semua barang semasa baru masuk rumah baru.
Senaraikan dahulu supaya kita tidak lupa dan boleh beli sedikit demi sedikit.
Senarai Barang Keperluan Untuk Dapur dan Ruang Makan
Dapur merupakan antara bahagian yang penting dalam rumah. Di situ tempat kita nak sediakan makanan untuk keluarga. Maka elok jika kita dahulukan keperluan dapur berbanding yang lain.
Antara senarai barang keperluan dapur untuk rumah yang boleh anda beli dahulu ialah;
- Dapur gas mudah alih
- Tong gas untuk memasak
- Pan non-stick dan kuali jenis lebar
- Periuk saiz 17 inci untuk masak mee dan rebus sup
- Rice cooker
- Thermopot untuk panaskan air
- Jug air untuk simpan air masak
- Pinggan, mangkuk dan cawan
- Blender
- Bekas menyimpan makanan bertutup
- Peti sejuk
- Microwave untuk panaskan makanan
- Set meja makan dan kerusi
- Alas kaki untuk pintu masuk dan depan tandas
- Jam dinding atau jenis letak
Senarai Barang Untuk Ruang Tamu dan Bilik
Kalau semasa berkahwin kita baru sahaja sewa rumah atau jika ada rezeki dapat beli rumah sendiri. Tetapi harus diingat biasanya dalam nak mula hidup berkeluarga ni banyak belanja perlu dikeluarkan setiap bulan.
Maka barangan yang dibeli hendaklah berpada-pada. Sesuaikan mengikut keperluan bukannya kehendak semata-mata.
Walaupun begitu, kalau boleh beli terus barang yang berkualiti tetapi pilih yang tidak begitu mahal. Ikut pengalaman saya sendiri, barangan rumah seperti perabot, sofa dan lain-lain akan mula menyusut dari segi fungsi dan juga estetiknya dalam masa lima ke lapan tahun. Lama-lama lusuh dan perlu diganti.
Lagi-lagi apabila ada anak-anak yang sedang membesar. Dinding kadangkala terconteng dengan pensel warna, sofa walaupun mahal boleh rosak dan patah jika dilompat setiap hari. Begitu juga dengan kerusi dan meja makan. Ia akan mula goyang dan rosak jika tidak dijaga dengan baik.
Begitulah kehidupan, tak boleh salahkan mereka juga ya. Anak-anak sedang membesar jadi macam-macam aktiviti yang akan mereka explore dan lakukan.
Jadi antara senarai barang yang boleh dibeli ketika masuk rumah baru termasuklah;
- Sofa saiz sederhana (tiga tempat duduk)
- Rak TV
- Kipas berdiri tambahan untuk ruang tamu
- Meja lipat untuk letak barang seperti beg
- Soket tambahan (extension plug and socket)
- Kotak lutsinar beroda untuk simpan permainan atau barang
- Tilam bersaiz Queen (katil boleh dibeli jika ada bajet lebih)
- Bantal dan selimut
- Almari mudah alih
- Bidai atau langsir
- Seterika
- Cermin
- Penyangkut baju dan penyepit
- Penyidai kain di luar rumah
- Sejadah
- Tuala mandi
- Cadar dan sarung bantal
- Penyangkut tuala dalam bilik
Senarai Barang Untuk Kerja Pembersihan Rumah
Antara barang-barang yang akan membantu kerja membersih rumah antaranya termasuklah;
- Mesin basuh auto atau semi-auto
- Set mop mudah diputar
- Berus lantai dengan pemegang panjang
- Berus kecil untuk pakaian
- Baldi
- Sabun pencuci lantai anti bakteria
- Sabun basuh baju
- Syampu dan sabun mandi
- Ubat gigi dan berus gigi
- Pewangi dan pelembut pakaian
- Alatan pembersih peribadi (pencuci muka, skrub dan sebagainya)
- Penyapu lantai dan penyodok
- Clorox
- Bakul sampah dan plastik sampah
Baca lagi : Pengalaman Beli Katil IKEA anak
Lebih kurang barang yang keperluan untuk masuk rumah baru. Sama ada rumah yang disewa ataupun beli sendiri. Nak beli sekaligus mungkin akan guna modal dan bajet yang tinggi. Maka sesuaikan ikut kesesuain dan keperluan yang penting dahulu.
Semoga bermanfaat.
0 Comments