Advertisement

Review Pakai Internet Unifi Air Untuk Dua Tahun

Julai lepas berakhirlah tempoh kontrak Unifi Air langganan kami dari zaman PKP lepas. Lamanya baru nak update kan? Antara sebabnya kami baru upgrade ke plan internet fiber Unifi yang baru. 

Ada promosi percuma akaun Disney+ Hotstar untuk 6 bulan. Boleh la kan daripada tiada.

Kalau anda gamer tegar yang suka main games di Playstation. Ada plan terbaru dari Maxis Fiber (300Mbps) dengan langganan sekali Playstation. 

Nak beli sekaligus mahal kan? Boleh pertimbangkan untuk bayar ansuran. Tiba-tiba terpromote Maxis pula. Ikut lah mana-mana yang sesuai untuk tahun baru 2023 ni.

review pakai dan kelajuan unifi air wireless broadband

Kenapa Pilih Unifi Air [Pakej RM79 sehingga 20Mbps]

Sebabnya ketika PKP lepas anak-anak kena ikut kelas atas talian. Jadi macam-macam hal yang jadi disebabkan ketiadaan internet lah, line telefon tidak bagus dan sebagainya. 

Selain itu, kena juga kerja dari rumah. Maka atas pertimbangan tersebut kami pilih plan Unifi Air.

Antara sebab lain ialah, plan Unifi Fiber tidak dapat diteruskan kerana port internet penuh. Ramai yang sign up rupanya ketika itu dan kami terlambat. Jadi kena tunggu pihak Telekom Malaysia (TM) tambah port baru untuk plan fiber internet dekat kawasan rumah.


Review Pakai Internet Unifi Air Untuk Dua Tahun

  • Setakat yang kami pakai nampaknya alhamdulillah kawasan rumah ada liputan lima bar untuk internet. Cuma kalau nak main games guna PC tu macam ada lag juga kalau jenis game berat. 
  • Setakat main Fifa 22 lepas tiada masalah. Berjalan lancar.
  • Router yang dibekalkan adalah dari jenama ZTE dengan simkad khas untuk internet sahaja.

Kekurangan Unifi Air Wireless Broadband dari TM

Untuk info, disebabkan plan Unifi Air ini sepenuhnya dari satelit jadi ada lebih kurang Astro juga kadang-kadang. Tiba masa musim hujan lebat atau ribut, internet mulalah slow dan juga kadang-kadang hilang dari radar terus. 

Ada kala kena start balik router kalau signal hilang terus. Waktu malam paling laju. Kalau ramai-ramai guna dalam satu masa memang akan terasa internet yang agak perlahan. 

Pada saya dengan kelajuan broadband Unifi Air sehingga 20Mbps maka sesuailah jika ianya akan perlahan kalau dalam penggunaan yang tinggi.

Kelebihan Unifi Air Wireless Broadband

Pada saya sebabkan ianya wireless, kadangkala balik kampung tu bawa sekali router tu untuk dipasangkan di sana. Dah semua pun boleh guna sama-sama. Cuma kena pastikan tempat yang kita nak guna tu ada liputan Unifi sahaja.

Jadi pilihlah mana-mana plan internet wireless hinggalah ke fiber mengikut kesesuaian anda. Yang penting sesuaikan dengan bajet dan juga keperluan. Untuk yang terbaru, kalau pilih fiber internet TM akan bekalkan dengan router generasi terbaru iaitu Wifi6

Post a Comment

0 Comments