Advertisement

Nama dan Jenis Gelang Emas Popular Terkini

Emas perhiasan masa kini bukan sahaja datang dengan pelbagai rekabentuk menarik, tetapi lebih up-to-date. Ada banyak sebab ramai yang memilih untuk memiliki dan berhabis duit membeli emas. Ia adalah aset yang boleh disimpan untuk kegunaan masa kecemasan selain dari barang perhiasan.

Harganya semakin hari semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ringgit segram. 

Panduan rekabentuk emas ni saya letakkan di sini supaya dapat menjadi panduan kalau nak beli barang kemas nanti.

Emas Murah Di Kuala Pilah dan Bahau

Teringat mak saya kalau membeli emas mesti sama ada ke pekan Bahau ataupun Kuala Pilah. Memandangkan beliau juga tinggal berdekatan dengan dua pekan tersebut. 

Boleh kata hampir setiap minggu ramai pengunjung yang datang dari luar Kuala Pilah dengan tujuan membeli emas. 

Saya tak pasti kenapa tetapi harga emas di sini memang agak murah berbanding di tempat lain. Cuma pastikan kedai yang anda nak pergi tu beroperasi secara sah. 

Tak nak lah beli emas tetapi tertipu pula kan. 

Nama dan Jenis Gelang Emas Popular Terkini

Selalunya peminat barang kemas ni mesti akan ikut perkembangan dan juga design terkini barang kemas dari emas ni. 

Antara rekabentuk gelang emas yang popular termasuklah gelang emas boba, coco lipan, gelang emas pulut dakap, biji jagung, pandora, biskut tawar dan juga gelang emas jenis belut. Cantik-cantik semuanya. 

Baca lagi : Set Pisau Dapur Terbaik dan Kegunaannya


jenis dan design gelang emas terkini
Gelang emas pulut dakap

design gelang emas terkini 2023
Jenis lipan

Gelang emas boba

Gelang emas biji jagung

Jenis Buatan dan Rekabentuk Emas

Terdapat tiga jenis cara pembuatan barang kemas dari emas yang biasa digunakan. Antaranya ialah;
  • Barang kemas jenis padu
  • Barang kemas jenis stamping 
  • Barang kemas jenis kosong 

Barang kemas jenis padu kebiasaannya lebih berat dan juga tidak mudah kemek ataupun berubah bentuk. Antara yang padu ialah gelang jenis belut. Walaupun designnya mungkin kecil berbanding yang lain, tetapi tahan lasak dan juga berat.

Jika kita tengok jenis stamping pula, ianya mungkin mempunyai bentuk yang lebar tetapi apabila diterbalikkan, ia kosong dibahagian belakangnya.

Barang kemas jenis kosong pula, contoh gelang jenis gajah dan lipan kebiasaannya dibuat dengan rekabentuk kosong didalamnya. Mudah kemik jika dipakai dengan lasak. 

Post a Comment

0 Comments