Advertisement

Masak Guna Tomyam Paste Thailand Sedap

Selamat tahun baru 2023 semua. Cuti-cuti nak memasak malas juga kadang-kadang. Tapi sejak ada tomyam paste Thailand ni makin mudah pula kerja di dapur saya. 

Tomyam pes ni saya beli masa pergi jalan-jalan ke tempat menarik di Perlis cuti lepas. 

Masa tu kami ada singgah ke Padang Besar. Jadi alang-alang tu beli terus satu bundle ada dalam 6 botol kecil. Satu botol tu boleh buat tiga kali masak tomyam untuk tiga orang. 

Masak Guna Tomyam Paste Thailand Yang Sedap

Antara banyak-banyak pes tomyam yang pernah dicuba, saya rasa ini yang terbaik. Pada saya la, ikut selera tekak saya ni hehe. 

Dia punya pekat tu tak perlu dah nak tambah extra garam atau perasa banyak-banyak. Brandnya adalah Madam Pum.

tomyam paste thailand yang sedap
Pes tomyam Brand Madam Pum


Pedas pun pedas. Kalau suka bersantan boleh tambah ke dalam rebusan tomyam ikut selera anda. Masa dekat Padang Besar pun kebanyakan peniaga mereka sarankan beli pes yang ini kalau nak yang sedap.


Cara Guna Pes Tomyam Thailand 

Mudah sahaja nak gunakan untuk masak tomyam ataupun masak nasi goreng tomyam.
  • Masukkan isi ayam ikut kesukaan anda dan rebus sebentar
  • Tambah dalam dua mangkuk air (600ml)
  • Tunggu sampai air mula mendidih masukkan 3 sudu teh tomyam paste Thailand 
  • Kacau-kacau sampai pes larut sepenuhnya
  • Rebus sehingga masak dan masukkan daun ketumbar dan hirisan bawang besar untuk bau tomyam yang lebih harum.
  • Kalau nak guna seafood boleh rebus air dengan pes tomyam dahulu. Kemudian baru masukkan seafood supaya tidak terlalu kecut.

guna pes tomyam yang sedap
Tomyam pes yang pekat cukup rasa

pes tomyam yang sedap
Masukkan daun ketumbar untuk bau yang lebih harum


Menarik kan? 

Nak masak tomyam dekat rumah dah senang sekarang. Rasanya pun pada saya lebih kurang sama dengan dekat kedai makan. Selamat mencuba semua.

Post a Comment

0 Comments