Antara tempat makan sedap di Senibong semestinya di restoran makanan laut yang terletak di Kampung Senibong. Ada beberapa restoran yang agak popular dekat sini kalau anda nak cuba.
Sebelum ni dah cuba kedai lain, jadi kali ni kami makan ni restoran Anjung Senibong pula. Sebelum sampai ke sini kami ikut highway balik dari melawat tempat menarik di Pengerang.
Makanan laut |
Pelbagai pilihan ikan segar |
Restoran yang luas |
Cara Untuk ke Kampung Senibong
Dulu masa awal-awal ke sini boleh sesat sebab tak jumpa jalan masuk ke Kampung Senibong ni. Disebabkan banyak bangunan-bangunan baru yang dinaikkan, jadi Kampung Senibong agak tersorok sikit.
Kalau dari arah bandar Johor Bahru masuk ke kanan simpang empat bawah flyover betul-betul dekat dengan Aeon Permas Jaya. Aeon sebelah kiri. Kalau dari arah Masai, Aeon sebelah kanan.
Teruskan perjalanan sampai simpang tiga dan belok ke kiri. Anda akan lalu di depan bangunan tinggi yang masih dalam pembinaan di bahagian kiri dan kanan. Jalan lagi sampai nampak kawasan perkampungan dan belok ke kanan untuk ke bahagian parking.
Parking di kawasan restoran ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 per kereta. Parking sesak kalau hari minggu tapi ada satu kawasan besar untuk letak kereta berhampiran dengan kawasan restoran.
Baca lagi: Restoran Seafood di Tanjung Adang, Tanjung Pelepas Johor
Antara Menu Seafood
Ikan masak tiga rasa |
Kerang rebus |
Pemandangan dari Singapura |
0 Comments