Advertisement

Jalan-Jalan Ke KLCC Naik MRT

Cuti sekolah lepas kami tak lepaskan peluang ke antara tempat menarik di Kuala Lumpur iaitu KLCC (Kuala Lumpur City Centre). Kami ke sana dengan MRT dari Kajang. Malas pula nak bawa kereta. Lagipun anak-anak dah excited sangat nak naik MRT.

Untuk ke KLCC kami naik MRT dari stesen Sungai Jernih,Kajang dan turun di Pasar Seni. Kemudian kami naik LRT pula untuk sampai ke KLCC. Masa ni cuti sekolah jadi penuh dengan pengunjung. 

Sampai sahaja kami terus ke bahagian food court di aras 3. Ramainya manusia sampai susah juga nak dapat meja. Disebabkan meja kami berhampiran dengan gerai teppanyaki, maka kami order dua hidangan sebab banyak. 

Lagipun anak-anak masih belum lapar kata mereka. 

KLCC

Pokok Krismas Besar di Taman Suria KLCC

Besar betul replika pokok krismas depan Suria KLCC ni. Semua nampak berebut-rebut nak ambil gambar didepannya. Kami ambil juga tapi angle tak berapa cantik sebab tengah panas dan ramai orang.

Tujuan sebenar ke KLCC ni nak singgah ke kedai buku Kinokuniya. Ada beberapa buku yang saya cari tapi tiada di bookstore yang lain. Jadi harap-harap jumpa lah di sini. Kemudian kami bercadang nak makan malam di restoran KFry Urban Korean. 

Teringin pula nak makan ayam goreng Korea yang rangup dengan sos gochujang yang pedas tu. Anak-anak nak makan seafood ramen dan juga minum air Barbican. 


Bas KL Hop-On Hop-Off Pusing Satu KL

Banyak lagi tempat menarik di Kl ni kalau anda ke sini. Boleh singgah ke Menara KL, Pavillion, Muzium Negara dan pelbagai lagi.

Sebelum ni kami naik bas KL hop-on hop off pusing satu KL. Menarik juga pengalaman sungguh naik bas dua tingkat dengan bahagian atasnya yang terbuka. Cuma kalau naik tengahari boleh jadi panas tempat duduk di tingkat atas bas. 

Post a Comment

0 Comments