Advertisement

Cara Semak Bil Elektrik TNB Online

Sekarang dan mudah nak semak bill elektrik TNB online. Caranya adalah dengan muat turun dan gunakan aplikasi myTNB. Bukan apa kadangkala bil lambat sampai ke rumah. Adakalanya bil terbiar di depan dan rosak akibat dari hujan dan sebagainya.

Jadi lebih mudah kalau nak cepat kita semak secara online sahaja. Lagi satu kalau nak bantu bayarkan bil elektrik atau api rumah mak ayah kita di kampung juga lebih mudah. 

Nanti dalam aplikasi tersebut masukkan juga akaun rumah ibu bapa di kampung. Mudah kan?

Antara Kelebihan Aplikasi myTNB adalah

Anda boleh muat turun aplikasi sama ada di Google Playstore ataupun Apple Aps Store untuk pengguna iPhone.
  • Semak dan buat bayaran terus bil elektrik
  • Bantu mengurus akaun TNB (mungkin anda ada lebih dari satu akaun TNB)
  • Bayaran yang lebih cepat dan terurus tanpa ke kaunter pos
  • Boleh gunakan sama ada kad kredit atau debit untuk bayaran
  • Semak bayaran yang tertunggak

Cara Daftar di Aplikasi myTNB

Bagi yang pertama kali gunakan aplikasi ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
  • Muat turun aplikasi atau pergi ke https://www.mytnb.com.my/
  • Klik pada Register Now
  • Berikan segala butir-butir peribadi yang diperlukan untuk pendaftaran
  • Klik pada Terma dan Syarat (terms of use and policies)
  • Kemudian klik pada Create Account
  • Tunggu OTP pada nombor telefon yang didaftarkan dan masukkan dalam kotak nombor
  • Klik Confirm dan pendaftaran telah berjaya
  • Kemudian lakukan pengaktifan email (Email Verification)
Buat pendaftaran akaun dahulu



Cara Semak Bil Elektrik TNB Online
  • Untuk semak kena masukkan nombor akaun bil anda dahulu
  • Mula-mula masukkan 12 digit nombor akaun (TNB Account) dan klik sahkan andai maklumat akaun tersebut adalah benar. 
  • Anda juga boleh imbas kod bar di bawah bil elektrik anda serta pastikan akaun atas nama anda maka pilih YA
  • Setelah berjaya, maklumat bil anda akan mula dipaparkan dalam aplikasi myTNB
  • Anda boleh bayar guna kad debit atau kredit dan perbankan atas talian.


Jadi lepas ni senang dah nak bayar bil elektrik TNB online. Bukan apa kadangkala bil lambat sampai ke rumah. Tengok-tengok dah ada tunggakan. 

Semoga bermanfaat

Post a Comment

0 Comments