Cara nak guna Paypal di Malaysia sebenarnya mudah sahaja. Anda cuma perlu beri emel berdaftar dengan Paypal jika mahu melakukan transaksi bayaran atau terima bayaran.
Sejak beberapa tahun lepas ramai yang telah beralih kerja menjadi freelancer dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh bekerja sebagai penterjemah (translator), jurufoto dan editor, blogger serta penganalisa maklumat secara bebas.
Ada juga yang mula mendapat klien dari pelbagai negara lain selain dalam Malaysia. Oleh itu, akaun Paypal digunakan untuk transaksi kewangan dan upah diterima melalui sistem Paypal.
Selain dari Paypal anda juga boleh memilih untuk gunakan Wise untuk transfer duit luar dan dalam negara.
Namun untuk setakat ini, sistem pembayaran menggunakan Paypal lebih diminati dan popular.
Jenis Perkhidmatan PayPal Boleh Kita Guna
- Pindahkan wang dari akaun bank tempatan ke akaun PayPal.
- Pindahan wang dari akaun PayPal ke akaun PayPal orang lain di seluruh dunia.
- Pindahan wang dari akaun PayPal ke akaun bank peribadi.
- Menjalankan transaksi dalam talian (online) di pelbagai negara.
Cara Daftar dan Guna Paypal Malaysia
- Mula-mula klik pada laman Paypal Malaysia
- Kemudian klik pada bahagian SIGN UP
- Pilih Personal Account (akaun peribadi) atau Business Account (Akaun Bisnes). Biasanya klik pada Akaun peribadi.
- Isikan nombor telefon anda untuk kod pengesahan dan masukkan nombor tersebut
- Masukkan butir-butir peribadi untuk lengkapkan pendaftaran
- Tandakan setuju dengan segala Terma dan Syarat
- Verify Email yang anda masukkan dalam butir peribadi dari email anda tadi
Untuk akaun bisnes, anda boleh gunakan ia untuk buat invois dan beberapa kemudahan lain lagi untuk pemilik bisnes. Cuma ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi jika mahu buka akaun Paypal Business.
Baca lagi: Cara transfer duit ke Indonesia
Cara Guna Paypal dengan Kad Debit/Kredit Bank
Jika anda ingin guna Paypal untuk sebarang pembelian di website seperti Amazon contohnya, anda perlu linkkan dengan kad debit/kredit anda dengan Paypal.
Selain itu sebagai contoh anda ingin keluarkan duit dari Paypal anda juga perlu linkkan butir-butir bank akaun dan juga kad debit anda untuk kelancaran transaksi.
Saya guna sendiri gunakan Paypal untuk urusan transaksi dengan klien dari luar negara. Antaranya ialah servis tulis blog dan promosikan perniagaan sah mereka di blog dalam Bahasa Melayu.
Semoga bermanfaat.
0 Comments