Advertisement

Resipi Ayam Goreng Butter Garlic Sedap Menjilat Jari

Ayam goreng garlic butter ni selalu kami order kalau makan di restoran Cina Muslim. Antara lauk favourite keluarga kami juga kalau di rumah. Nak buatnya pun tidaklah sesusah mana. Cuma kena pastikan bahan-bahannya lengkap sahaja. 

Saya ingat lagi masa makan di satu restoran masakan India Utara di Gelang Patah. Sekarang sudah pun di tutup cuma tidak silap di Singapore masih ada dibuka. Menu butter chicken dia memang terbaik. Kemudian saya sangat suka ayam goreng garlic ala Korea yang sedap. 

Jadi kombinasi antara kedua jenis masakan ini jadikan ayam goreng lebih sedap sehingga menjilat jari. 

Jadi untuk tips kalau guna butter sebenar atau guna ghee akan lagi sedap masakan ayam goreng garlic butter ni. Jom saya kongsikan cara masak dan juga resepi ayam goreng butter garlic yang sedap.


ayam goreng butter garlic
Ayam goreng berkuah butter garlic

Resipi Ayam Goreng Butter Garlic Sedap Mudah di Buat

Bahan-bahannya:
  • 4 hingga 6 ketul bahagian ayam
  • Daun kari secukupnya
  • 2~3 tangkai cili padi di hiris halus
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 125 gram butter (atau setengah dari saiz biasa dijual)
  • 1/2 cawan susu cair
  • Tepung jagung untuk salut ayam
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam & gula secukup rasa
  • Serbuk lada putih satu sudu kecil

Cara-cara Masak Ayam Goreng Butter Garlic

Untuk ayam goreng, kita akan goreng secara dua kali. Kaedah ini dipanggil double fry method iaitu salah satu cara yang membuatkan ayam goreng lebih rangup di bahagian luar dan lembut di dalamnya. 

Kaedah ini biasa digunakan untuk memasak ayam goreng Korea yang popular. Menarik kan? 

Ini rupanya rahsia kenapa ayam goreng Korea sangat rangup dan sedap. Selain dari perapan ayam yang betul dan juga masa perap yang lama.



1- Goreng Ayam dengan Kaedah Goreng Dua Kali (Double Fry)
  1. Mula-mula bersihkan ayam dan toskan airnya
  2. Lap ayam dengan tisu dapur yang bersih
  3. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan juga serbuk lada putih
  4. Kemudian salut dengan tepung jagung kering (Tidak perlu bancuh tepung)
  5. Panaskan api dan goreng ayam separuh masak (dalam 5 ~ 8 minit)
  6. Kemudian angkat ayam dan toskan minyak
  7. Selepas beberapa minit goreng sekali lagi ayam sehingga masak dan rangup
  8. Ketepikan ayam dan toskan minyaknya

2- Buatkan Kuah Butter Garlic Salut Ayam Goreng
  1. Panaskan mentega atau butter yang disediakan tadi tetapi jangan sampai hangus
  2. Masukkan hirisan halus bawang putih dan tumis sebentar sehingga naik bau
  3. Masukkan daun kari secukupnya. 
  4. Kemudian masukkan susu cair dan kacau jangan sampai berketul
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  6. Masukkan hirisan cili
  7. Kemudian pekatkan kuah dengan cara bancuh setengah susu tepung jagung dengan setengah cawan air
  8. Masukkan perlahan-lahan dalam kuah dan kacau sehingga pekat
  9. Jika sudah puas hati dengan rasa kuah kemudian tuangkan pada ayam goreng tadi
  10. Sedia untuk dinikmati 

ayam goreng buttermilk

Ayam Goreng Tanpa Double Fry Sudah Memadai

Memang agak renyah nak dapatkan ayam goreng yang crispy macam ni. Kalau tak nak goreng cara double fry ni pun tiada masalah sebenarnya. Ia cuma sebagai cadangan sahaja kalau nak ayam goreng yang lebih rangup.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments