Advertisement

Pengalaman Servis Repair Laptop Lenovo

Servis dan repair laptop Lenovo ni saya buat sebab mula slow. Performance laptop dah mula menunjukkan penurunan. Saya banyak survey harga disekitar universiti dahulu tetapi boleh tahan mahal. 

Akhirnya jumpa juga kedai komputer Johor Bahru yang ada rating yang agak bagus. Maka saya decide untuk harga repair laptop di sana sahaja.

Laptop Lenovo G480

Pengalaman dan Review Laptop Mid Range Lenovo

Salah satu sebab beli ialah kerana harganya yang agak murah berbanding laptop jenama lain. Masa ni beli semasa sambung belajar di UTM Skudai.  

Nak guna buat assignment dan siapkan thesis. Spesikasi tak besar sangat sampai boleh buat Autocad. Tapi boleh guna untuk rendering Photoshop dan Illustrator. Cuma masih tak berapa laju dan performance laptop masih ditahap sederhana.

Antara sebab masa ni saya guna untuk buat design logo dan juga sedikit kerja-kerja buat blog. Masa nak render, laptop kadangkala boleh jadi hang dan perlahan terus. 

Harga Servis Repair Laptop Lenovo

Untuk servis dan repair saya hantar di satu kedai komputer di Larkin masa tu. Antara perkhidmatan yang saya minta technicin buatkan antaranya ialah;

  • Format dan reformat laptop (Lebih kurang RM50+)
  • Betulkan hinge antara skrin dan keypad (lebih kurang RM100 termasuk harga hinge)

Laptop lama tapi berjasa

Hinge antara skrin dan keypad yang patah


Pedih juga nak bayar. Lagi-lagi masa tengah belajar bukannya ada duit lebih sangat. Tapi sebab terdesak nak guna kita relakan sahaja. 

Jadi student ni banyak perkara yang melibatkan duit dan kena belajar kawal perbelanjaan sebaiknya. Tips beli laptop untuk student termasuklah pilih yang bersesuaian dengan kerja dan juga jenis coursework anda. 

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments