Advertisement

Makan Oden Family Mart Yang Sedap

Sempat juga singgah ke Family Mart beli Oden. Bukan apa, nak singgah selalu Family Mart sini selalu penuh tempat letak kereta. Tapi nasib baik dapat tempat parkir. Lama tak makan oden Family Mart ni tiba-tiba teringin pula.

Apakah Itu Oden Yang Popular di Family Mart?

Oden bermaksud sejenis makanan masyarakat Jepun yang kebiasaannya dimakan ketika musim sejuk. Bahan-bahan seperti daikon (lobak), telur rebus, tsukune (bebola ikan atau daging), tofu dan tauhu. 

Selain itu ada pelbagai jenis makanan lain direndam dalam kuah panas berasaskan kicap soya. Tetapi jika di Family Mart kuahnya adalah seakan-akan tomyam disesuaikan dengan citarasa masyarakat Malaysia. 

Makanan yang direbus pula terdiri daripada bebola ayam dan ikan, kek ikan dan pelbagai lagi jenis makanan sejuk beku. 

Jika di Korea pula, kuahnya adalah berasaskan pes cili dan kimchi. Teringat pula makan oden dengan fish cake di Itaewon, Korea lepas. 

Pelbagai Pilihan Oden di Family Mart Yang Sedap

Macam-macam pilihan oden yang anda boleh cuba di Family Mart. Antaranya yang sedap dan favourite saya sendiri adalah fish cake dan daikon (lobak putih). Kemudian saya tambah juga ramen untuk lebih kenyang.

apa oden family mart yang sedap

order oden family mart
pelbagai jenis oden yang boleh anda cuba

oden family mart yang sedap
Asingkan ramen supaya tidak kembang

oden family mart yang sedap
Fish cake oden Family Mart yang sedap


Selain dari oden ada banyak lagi pilihan comfort food yang sedap di Family Mart. Antaranya ialah sandwich, spagheti bolognese, corndog dan juga pelbagai jenis sufoto

Dari semua oden di Family Mart ni saya paling suka order fish cake. Memang sedap dan juga tidak muak. Daikon ni kalau anda tak suka masin jangan order banyak. Sebiji untuk buat rasa-rasa pun dah okay.

Selamat mencuba semua.

Post a Comment

0 Comments