Sebelum ni kalau datang Ipoh tak pernah singgah lagi makan di Kafe Konda Kondi. Kami selalu ke Miker Food dan beberapa kedai makan yang lain. Untuk trip kali ni kami akhirnya sepakat untuk makan malam di sini sahaja.
Baca lagi : Trip 3 Hari ke Tempat Menarik Perlis
Makan Malam di Cafe Konda Kondi Ipoh
Kedai atau kafe Konda Kondi ni terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh. Kafenya betul-betul di bahagian sudut tepi (corner) berdekatan jalan besar. Jadi mencabar juga nak cari parkir kereta. Lagi-lagi kalau datang masa cuti umum atau musim cuti sekolah.
Kena menapak jauh sedikit. Tetapi itu tak jadi masalah sangat sebab masing-masing dah setuju nak makan di sini. Sampai sahaja di kafe kena tunggu sebentar untuk dapatkan meja.
Nampaknya memang ramai pengunjung yang datang untuk rasa menu di sini.
Kebanyakan menu adalah dari jenis Western. Jadi antara makanan yang kami order termasuklah;
- Beef burger
- Cheezy wedges
- French fries
- Giant dinner (steak)
- Mushroom soup
Giant Dinner |
Beef Burger |
Kafe Vibes |
Mushroom soup |
Kafe Konda Kondi Ipoh |
Cheezy wegdes |
0 Comments