Terdapat banyak khasiat daun inai ini untuk bantu tingkatkan kesihatan diri. Kalau balik kampung rumah moyang ada pokok inai yang biasa kami ambil daunnya dan tumbuk untuk dijadikan pes inai.
Seingat saya pokok inai tu dah lama tumbuh sejak dari zaman pakcik dan makcik berkahwin dulu sehingga lah sampai ke generasi kami.
Dah macam tradisi pula kalau nak berinai mesti petik daun dari pokok dekat rumah moyang tu. Pokoknya tidak lah besar mana, cuma memang daun inainya lebat cukup nak pakai satu rumah
Pakai Inai Lebih Mudah dengan Pes atau Serbuk Bancuh
Tapi sekarang seiring dengan zaman yang semakin maju, dah ramai peniaga yang mula promosikan inai jenis pes dan juga serbuk yang hanya perlu dibancuh sahaja sebelum digunakan.
Hanya bancuh dan guna terus pada kuku |
Inai moden dalam bentuk serbuk |
Antara khasiat daun inai ialah dapat membantu mengurangkan masalah cagu pada kuku. Dulu-dulu, kalau mula kuku sakit disebabkan cagu ataupun kena serangan kulat mesti inai dulu yang diletakkan sebelum ubat.
Macam magik rasanya sebab cagu dan kulat kuku biasanya akan lebih cepat sembuh.
Antara masalah ibu-ibu pula, kuku memang cepat je naik kulat sebab kita kan selalu buat kerja didapur, belum sempat kuku kering dah mula nak memasak, basuh pinggan lepas tu sambung cuci baju pula.
Begitulah kebiasaannya.
Jadi, antara pilihan organik yang boleh kita manfaatkan ialah dengan menggunakan daun inai untuk atasi masalah kuku mudah rapuh serta bantu elakkan dari jangkitan kulat.
Baca lagi : Idea Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan dan Lelaki
Kebaikan Daun Inai Pada Kuku, Kulit dan Rambut
Asid Henotonik pada pokok inai akan memberi kean warna merah kepada pemakainya. Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis telah digunakan selama berkurun lamanya bagi tujuan perubatan.
- Inai boleh bertindak sebagai agen penyejuk iaitu daun inai boleh digunakan pada bahagian badan yang panas.
- Selain itu ianya digunakan untuk membantu sembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya adalah daun inai yang telah dibersihkan ditumbuk hingga hancur dan sapukan pada bahagian yang sakit.
- Daun inai juga dikatakan dapat membantu mengecutkan penyakit bisul dan juga penyakit kulit ringan seperti bengkak akibat luka.
- Selain itu juga, daun inai baik untuk rambut dan bantu atasi masalah kebotakan. Selain itu, daun inai juga digunakan untuk menutup uban dan juga memberi kesan warna perang pada rambut.
Jadi, jom kita sama-sama berinai pada kuku dan juga rambut. Dah lama rasa tak berinai pada kuku dan rambut, mana tahu boleh menambah seri pula nanti kan.
0 Comments