Kadangkala buntu nak beri hadiah untuk bos baik lelaki atau perempuan. Semestinya nak hadiahkan mereka barang yang sesuai serta menepati citarasa.
Antara tujuan beri bos anda hadiah sama ada bersempena dengan hari jadi, penghargaan untuk perkhidmatan dan juga kerana perpisahan atau persaraan.
Bos atau ketua dalam alam pekerjaan merupakan individu yang patut dihormati dan disegani.
Bos Merupakan Individu Dihormati dan Disegani
Mereka merupakan antara orang penting dan bertindak untuk memastikan segala pelan kerja dalam organisasi dapat dijalankan dengan lancar.
Kerja mereka juga tidak mudah kerana perlu berurusan dengan pelbagai jenis karakter individu dalam kumpulan kerja.
Maka hadiah yang diberi seharusnya tidak menginggung perasaan mereka.
Oleh itu semoga dengan cadangan dan idea hadiah untuk bos di bawah dapat menjadi panduan dan rujukan untuk anda berikan pada mereka.
10 Idea Hadiah Terbaik Untuk Bos Lelaki
1- Pen Berkualiti
Zaman saya masih berkerja dulu, kalau nak minta sain bos mesti beliau akan gunakan pen khas. Lagi-lagi untuk tanda tangan mana-mana dokumen penting.
Jadi memang pilihan pen berkualiti sebagai hadiah adalah pilihan yang sangat tepat.
2- Dompet Kulit
3- Tali Pinggang berkualiti
4- Beg Galas
5- Mug Tahan Panas
6- Planner
7- Kasut Sukan
8- Topi
9- Minyak Wangi
10- Mesin Pembuat Kopi Segera
11 Idea Hadiah Terbaik Untuk Bos Perempuan
1- Buku atau Novel
Terdapat banyak pilihan buku-buku ilmiah dan juga motivasi untuk diberikan kepada bos anda yang dihormati. Buku-buku ini pasti akan memberi tambahan pengetahuan semasa.
Selain itu juga dapat memberi inspirasi terhadap pandangan dan juga cara berfikir bos anda.
2- Beg Tote
3- Set Pan atau Kuali
4- Set Pinggan Mangkuk
5- Telekung Cotton
6- Mesin Pembuat Jus Mudah Alih
7- Robot Pembersih Hampagas (Vacuum Cleaner)
8- Perhiasan Meja Kerja
9- Bunga dan Kek
10- Set Mekap
11- Pengisar Bawang
Jika bos anda seorang yang suka memasak, pilihan pengisar untuk memudahkan kerja di dapur pastinya akan menggembirakan beliau.
Hadiah Yang Memberikan Ingatan Tulus Ikhlas
Cadangan dan senarai hadiah di atas diharap dapat membantu anda membuat pilihan untuk sama ada bos lelaki ataupun perempuan.
Semoga pemberian hadiah di atas akan mengembirakan hati bos dan memberikan ingatan tulus dari anda atau kumpulan kerja terhadap bos. Semoga bermanfaat.
0 Comments