Advertisement

Aksesori Handphone Terbaik Patut Anda Miliki

Hampir semua orang memiliki smartphone pada masa kini. Ianya juga termasuk dalam suatu bentuk keperluan untuk mereka yang sentiasa berhubung dengan orang lain dan juga digunakan untuk tujuan kemudahan aktiviti harian.

Oleh yang demikian beberapa aksesori telefon juga telah direka cipta untuk digunakan bersama disamping memudahkan aktiviti anda.

Aksesori Handphone Terbaik Patut Anda Miliki

Berikut merupakan beberapa senarai aksesori telefon yang boleh anda dapatkan untuk memaksimakan pengalaman penggunaan smartphone anda.

1. Pelindung Skrin (Screen Protector)

Tidak dinafikan dengan pengunaan telefon yang kerap anda mungkin memerlukan pelindung skrin. Ini dapat membantu memelihara serta melindungi skrin telefon anda dari calar dan juga retak. 

Beli di : SHOPEE MALL

Pelbagai jenis pelindung skrin dipasaran yang boleh anda miliki dengan harga yang berpatutan.

2. Pengecas Mudah Alih (Powerbank)

Walaupun kebanyakan telefon pintar zaman ini telah dilengkapi dengan kapasiti bateri yang agak besar, namun anda mungkin perlukan pengecas mudah alih disaat kecemasan seperti terperangkap dalam kesesakan jalan ataupun berada jauh dari rumah.

aksesori telefon patut dibeli
Beli di : SHOPEE MALL

Lebih-lebih lagi kebanyakan pengecas mudah alih sekarang lebih nipis dan ringan. Ianya juga sesuai dibawa kemana-mana.

3. Fon Kepala atau Telinga Tanpa Wayar (Headphone)

Kalau sedang menunggu di kedai makan anda boleh gunakan fon kepala untuk mendengar lagu. Lebih mudah lagi jika anda gunakan fon telinga atau kepala tanpa wayar. 

headphone terbaik dan murah untuk pelajar
Beli di : SHOPEE MALL

Senang nak bergerak tanpa perlu buka untuk disimpan. Seperti jenis fon kepala (headphone) di atas ni, ianya boleh digunakan dengan wayar jika kehabisan bateri. Jimat juga kan. Tak perlu risau jika terlupa cas.

4. Dok Telefon Untuk Kereta (Phone Car Holder)

Sekarang ini kalau tidak ada dok telefon (Phone car holder) macam tak lengkap rasa. Dengan keadaan jalan yang semakin complicated lebih mudah jika kita letak smartphone di dok telefon khas.  

Beli di: SHOPEE MALL

Senang nak perhatikan jalan sambil merujuk ke telefon tanpa dipegang. Bahaya pula kalau memandu sambil pegang telefon. Silap haribulan boleh kena saman pula.

5. Kayu swafoto (Selfie Stick)

Ini antara gajet yang boleh kita letakkan sentiasa di dalam beg tangan. Kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Sangat membantu ketika nak bergambar sendiri.

selfie stick terbaik
Beli di : SHOPEE MALL

Selfie stick ini kalau ada bajet lebih beli yang tahan lama. Saya pernah guna yang agak murah dan tidak tahan lama. Tempat letak telefon mudah patah apabila ditarik untuk letakkan telefon. Akhirnya kena beli yang baru.

6. Beg Kalis Air (Waterproof Pouch)

Beg kalis air kebiasaannya kita dapat lihat dipakai ketika bercuti ke pantai ataupun pulau. Tapi sebenarnya kita boleh juga letakkan di dalam beg tangan dan dibawa kemana-mana.

Beli di : SHOPEE MALL

Jika terpaksa meredah hujan lebat kita boleh letakkan telefon dalamnya. Telefon akan terlindung dari terkena air dan tidak cepat rosak.

7. Papan Kekunci (Keyboard) dan Tetikus (Mouse) Bluetooth

Kita biasa tengok papan kekunci digunakan dengan komputer. Tetapi jika anda ada smartphone yang canggih, anda juga boleh gunakan keyboard dengan sambungan bluetooth untuk bekerja. Ini semestinya akan memudahkan dan mempercepatkan pekerjaan anda.

Baca lagi : Panduan Beli Smartphone Gaming Baru 

Aksesori Handphone Antara Kehendak dan Keperluan

Terdapat banyak lagi aksesori telefon pintar yang boleh anda miliki. Semestinya hendaklah bersesuaian dengan keperluan semasa anda. Jangan membazir membeli tetapi akhirnya tidak digunakan. Buat pilihan dengan bijak dan dapat menjimatkan anda.

Post a Comment

0 Comments