Advertisement

Smart TV Tak Dapat Connect WiFi Lepas Upgrade Router WiFi6 Unifi

Lepas mengambil kira pelbagai faktor, maka kami sepakat untuk langgan pakej Unifi Fiber Home 100Mbps. Untuk pengetahuan anda, pakej ni sekarang tengah promosi sekali percuma akaun Disney+ Hotstar dengan pemasangan percuma.

Jadi kami pergilah ke TM Point terus untuk daftar. Sebelum ni ada sahaja daftar dengan ejen Unifi Fiber. Tapi akhirnya tiada berita tentang pemasangan. Status terakhir yang di beritahu ialah port sambungan di jalan rumah kami penuh. 

Berbanding pakej internet rumah yang lain, saya rasa Unifi Fiber yang paling berbaloi dengan harganya. Jadi tak hairanlah kalau ramai betul ye yang pakai Unifi ni. Kemudian terbaru kami diberitahu port sudahpun ditambah. 

Jadi sebelum penuh lagi, maka kami daftar untuk langgan internet Fiber dari Unifi.

TV Tak Boleh Connect Wifi Lepas Tukar Router WIFI 6 Baru?

Disebabkan pakej ini yang paling terbaru (latest) jadi ia didatangkan dengan router D-Link yang terbaru iaitu Wifi 6 dan juga modem dari Huawei. Sebelum ni semasa kami guna pakej Unifi Air, router yang diberi ialah dari jenama ZTE.

Nak dijadikan cerita, semasa pemasangan kami cuma uji sambungan pada smartphone dan juga laptop sahaja. Sambungan terbaik dengan kepantasan internet yang kami mahukan. Seronok dah situ. Lepas technician balik saya cuba connect wifi ke smart TV Samsung pula. 

Malangnya tiada sambungan yang dapat dilakukan. Aduh! Parah la macam ni kan. Dah langgan internet fiber tu tak kan tak boleh tengok Netflix pula ni. 


Jadi lepas buat sedikit kajian, antara penyebab masalah TV tak dapat connect Wifi ni ialah;

  • Wi-Fi 6 ni ialah next-generation router yang mungkin ada alatan atau gajet elektronik yang mungkin tidak compatible (maksudnya tidak sesuai)
  • Wi-Fi 6 router ini digunakan untuk capaian internat yang lebih baik dan juga lebih laju. Mungkin kita tidak perlukan Mesh lagi untuk rumah banyak internet blind-spot.

Apa Nak Buat Kalau Tak Dapat Connect Internet dengan Router D-Link Wifi 6 ?

Untuk pengguna Unifi Fiber yang ada router wifi-6 ni anda kena buat satu lagi sambungan lebih rendah untuk capaian internet dapat digunakan oleh peranti yang tidak compatible.

Cara-caranya ialah;
  1. Mula-mula download aplikasi router D-Link di Apps Store/Playstore
  2. Kemudian pilih jenis router anda dan log-in akaun
  3. Untuk username dan juga password ada dibelakang router 
  4. Pergi ke Setting dan kemudian klik pada Network
  5. Klik pada Guest Network 
  6. Buat satu akaun khas masukkan nama Network dan Password Baru
  7. Klik pada Wi-Fi5 Compatibility Mode (untuk peranti yang tidak compatible dengan signal Wi-Fi6) 
  8. Kemudian cuba sekali lagi refresh Network pada smart TV Samsung atau mana-mana peranti yang tidak dapat connect wifi 
  9. Cuba connect pada akaun internet Guest tadi dan masukkan password macam biasa.
download aplikasi D-Link dan masukkan butiran anda

Klik pada SETTING


kenapa TV Samsung tak boleh connect wifi lepas tukar unifi fiber
Klik pada NETWORK 


Daftarkan satu nama Network Baru dan Password 

Akhirnya semua peranti termasuklah smart TV Samsung dapat connect semula ke wifi Unifi dengan router Wifi 6 yang baru ini. Alhamdulillah. 

Selamat mencuba semua. Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments