Advertisement

Singgah Makan Asam Pedas Restoran 35 di Melaka

Sempat juga kami singgah makan kedai makan viral Melaka ni. Ia adalah antara restoran kedai asam pedas di melaka yang agak popular. Sekarang tak pasti pula ye. Setakat kami makan di sini alhamdulillah tiada kejadian pelik-pelik berlaku. Layanan baik dan juga makanannya juga sedap.

Tak boleh lupa sambal belacan pelam ke mangga dari kedai ni memang terbaik. Cara makan pula jenis berhidang. Cara order ialah pelanggan kena beratur dahulu dan beritahu nak lauk yang mana satu. 

Kemudian pembantu kedai akan hantar nasi, lauk-pauk yang kita order serta ulam-ulaman dan juga sambal belacan mangga ke meja.

Kedai Asam Pedas di Restoran 35 Bandaraya Melaka

Dalam banyak-banyak lauk antara yang menarik adalah asam pedas dan juga sambal belacan pelam. Sampai berhirup makan. Pada saya semuanya sedap-sedap. 

Sebelumnya kami dah pergi ke Tanjung Sedili untuk rasa asam pedasnya. Kemudian kami ke Melaka pula untuk memburu asam pedas terbaik di sini.

Antara lauk yang kami order termasuklah;
  • Asam pedas ikan merah
  • Udang masak sambal
  • Telur masin
  • Ulam-ulaman
  • Nasi putih dan air
restoran 35 Melaka
Set makan dengan lauk berhidang

Asam pedas Melaka restoran 35
Asam pedas kaw!

Restoran 35 Bandaraya Melaka

Sambal belacan pelam

Baca lagi : Tips dan Cara Rancang Percutian Bajet Bersama Keluarga

Ada Makcik Mulut Laser ke?

Nak kata ada makcik bermulut laser tak pula kami dengar masa makan di sini. Lagipun kami juga tak berapa ambil kisah sangat kalau ada yang berperangai pelik. 

Lagipun masa singgah sini perut dah mula lapar. Dah tak hirau sangat alam sekeliling hehe. Fokus pada nak makan sahaja. 

Ditambah lagi dengan cara hidangan ala kampung. Menggamit memori makan dengan keluarga masa kecil-kecil dulu. Duduk bersila makan berhidang siap dengan air sirap.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments