Kalau nak pergi bercuti ni kebiasaannya melibatkan bajet dan pelbagai perbelanjaan perlu dikeluarkan. Tetapi waktu cuti sekolah adalah waktu yang dinanti-nanti anak-anak dan keluarga.
Ada yang nak pergi bercuti ke tempat menarik, pulang ke kampung dan lakukan pelbagai aktiviti riadah yang lain.
Cuma kadangkala sebagai ketua keluarga, kita terikat dengan bajet dan kekangan perbelanjaan yang membuatkan plan bercuti tidak kesampaian.
Tips dan Cara Rancang Percutian Bajet Bersama Keluarga
Bajet nak bercuti ni selalunya melibatkan penginapan, kos makan minum dan juga pengangkutan. Tidak semestinya perlukan bajet dan jumlah kos yang besar untuk bercuti bersama keluarga.
Dengan perancangan yang lebih awal dan teliti anda sebenarnya boleh berjimat dengan lebih banyak. Maka dengan itu percutian bajet dapat diteruskan dengan pengalaman yang indah bersama keluarga.
1- Cari Maklumat Tentang Tempat Bercuti
Mula-mula anda perlu cari maklumat tempat bercuti tersebut. Sebagai contoh anda ingin membawa keluarga bercuti di Kuala Terengganu. Cari maklumat tentang harga tempat menginap. Selain hotel yang mungkin mahal, terdapat juga pelbagai jenis homestay dengan kelengkapan seperti kolam renang yang boleh anda pilih.
Selain itu juga kos perjalanan termasuk minyak kereta/motor dan jumlah tol. Selain itu maklumat lain termasuklah tiket masuk ke tempat menarik di sana dan juga kos anggaran untuk makan minum.
2- Tabung Khas Untuk Bercuti
Kalau dah tetapkan tempat untuk bercuti maka anda boleh mula menabung dari sekarang. Menabung juga perlu konsisten supaya bajet yang ditetapkan mencukupi untuk bercuti nanti.
Jika anda bercuti bersama keluarga besar, pastikan setiap penyumbang dana tidak culas dalam menyumbang dan berkongsi bajet.
3- Pilihan Tempat Sesuai
Buat pilihan tempat bercuti yang bersesuaian dengan bajet yang anda sediakan. Tidak semestinya tempat-tempat yang mahal dan jauh. Sebagai contoh, anda ingin bercuti di tempat menarik di Port Dickson.
Anda boleh pilih tempat menginap yang jauh sedikit daripada tempat tumpuan yang mempunyai deretan hotel yang mahal.
Antaranya mungkin di sekitar tempat-tempat yang kurang tumpuan seperti homestay di taman perumahan berdekatan yang juga boleh memberikan pengalaman menarik untuk seisi keluarga.
4- Buat Tempahan Awal
Selain dari tabung khas untuk bercuti, anda juga boleh mula survey harga tempat menginap dan juga tiket masuk dari sekarang. Ada juga beberapa pilihan belian tiket yang lebih awal dan lebih murah dengan ejen-ejen pelancongan.
Ini sama ada di Shopee ataupun secara belian terus dengan mereka. Cuma untuk ini, anda perlu baca review pelanggan terdahulu sebelum lakukan sebarang transaksi untuk elakkan dari ditipu.
Selain itu jika ada kesempatan boleh mula buat tempahan contohnya untuk penginapan dengan lebih awal untuk harga yang lebih murah.
5- Rancang Perjalanan (Itinerary) Lebih Awal
Plan itinerary atau jadual perjalanan percutian anda dengan lebih awal. Dapatkan pelbagai maklumat dari tempat-tempat yang boleh dikunjungi nanti.
Selain itu dapatkan info harga tiket dan masa buka, tempat makan yang menarik dan berbaloi. Masukkan dalam satu jadual khas yang boleh dijadikan panduan ketika bercuti nanti.
Percutian Bajet Bersama Keluarga
Selain dari tips rancang percutian bajet bersama keluarga di atas, anda juga boleh pertimbangkan untuk memasak sendiri ketika bercuti. Pilih tempat menginap seperti homestay yang boleh memasak dan lakukannya secara bergotong-royong dengan ahli keluarga yang lain.
Selain itu, untuk jenis percutian bajet ini anda perlu fleksibel ketika bercuti. Ini bermaksud, tidak semestinya perlu ikut setiap info yang telah dirancang terlebih awal.
Jika terjumpa dengan sebagai contoh tempat makan yang lebih murah, maka boleh pertimbangkan untuk pilih makan di tempat tersebut.
0 Comments