Advertisement

Mencari Patin Tempoyak di Bandar DiRaja Pekan Pahang

Banyak juga rupanya tempat menarik di Pekan Pahang ini. Masa kami buat roadtrip jalan Pantai Timur lepas kami lalu dari Kuantan ke sini untuk ke Johor. Dan kami memang tidak ada plan yang khas pun sebenarnya jika singgah di sini. 

Tetapi akhirnya kami masuk juga ke bandar Pekan untuk makan tengahari. Kami cari nasi campur dengan menu ikan Patin tempoyak di salah satu restoran yang agak popular di sini.

Sejarah Ringkas Asal Usul Nama Bandar DiRaja Pekan, Pahang

Pekan merupakan Bandar Diraja Pahang yang mempunyai pelbagai sejarah menarik. Nama bandar Pekan ini diambil sempena dengan nama sejenis bunga. 

Pokok bunga yang bewarna putih dan hidup disepanjang sungai Pahang bernama bunga pekan. Di sini juga merupakan tempat bersemayam Sultan serta kerabat di Raja Pahang.

Tempat menarik di Pekan Pahang
Mercu tanda masuk ke bandar DiRaja Pekan Pahang

Bandar Pekan juga sangat terkenal dengan aktiviti menenun songket Pahang. Untuk pengetahuan anda, Pekan juga merupakan pusat industri pemasangan komponen automotif. 

Antaranya adalah dari jenama antarabangsa seperti Volkswagen.

Patin Tempoyak di Bandar DiRaja Pekan Pahang

Perjalanan kami dari bandar Kuantan tiba di Pekan dalam jam kira-kira 12 tengahari. Masing-masing mula mengadu lapar dan dahaga. 

Jadi disebabkan kami masih berada dalam negeri Pahang, maka tak lain dan tak bukan patin tempoyak menjadi pilihan. 

Macam biasa kami akan cari review tempat makan atau restoran yang terdekat dan ramai yang recommend. Akhirnya kami pilih untuk makan di Restoran Selera Serambi yang terletak di tengah-tengah kawasan bandar.


Tempat menarik di Pekan Pahang
Patin masak tempoyak

Tempat menarik di Pekan Pahang
Pelbagai jenis lauk nasi campur

Tempat menarik di Pekan Pahang
Ikan Patin masak tempoyak sekawah

Antara Beberapa Tempat Menarik Di Pekan, Pahang

Kami sempat singgah ke Pantai Nenasi dalam perjalanan ke Rompin. Cantik sangat pantai ini kalau nak singgah berehat. Cuma kami tak nampak pula kedai atau gerai berdekatan.

Pantai Nenasi, Pekan 

Antara tempat dan makanan menarik yang boleh dilawati dan dicuba jika ke Pekan Pahang antaranya ialah;
  • Pekan River Front (Pekan Pahang)
  • Istana Abu Bakar
  • Pekan Sehari
  • Murtabak Mengkasar
Disebabkan kami tidak berhenti untuk menginap jadi banyak tempat menarik yang tidak dapat dikunjungi. Mungkin lain kali inshaAllah jika ada kesempatan. 

Post a Comment

0 Comments