Advertisement

Pengalaman Buat Root Canal Treatment (Rawatan Akar Gigi)

Lengkap dah tiga kali appointment buat rawatan root canal untuk gigi saya yang sakit hari tuh. Jadi, pengalaman buat rawatan root canal kali nih boleh dikatakan antara yang paling smooth. 

Saya ni ada dental anxiety. Puncanya masa kecil dulu trauma masa jumpa doktor gigi. 

Maka, experience yang tak best tu terbawa hingga ke besar. Paling takut kalau kena jumpa doktor gigi.


Kenapa Kena Buat Root Canal Treatment (Rawatan Akar Gigi) ni?

Okey, jadi puncanya lubang dalam sangat dalam dan telah terdedah. Jadi kalau tampal pun memang tak akan membantu dah. Masih rasa sakit lepas gigi ditampal

Berdenyut sampai ke kepala. 

Rasa macam nak demam pun ada. Masa tu terfikir juga cabut jelah senang, kan? Tapi sayang la pula, sebab gigi kuat lagi, cuma berlubang sahaja.


Kos Rawatan Akar Gigi Untuk Sebatang gigi

Masa mula-mula doktor sarankan buat rawatan root canal tu tercengang juga lah sekejap. Terus tanya balik apa tu root canal doktor? Masa tu doktor tu terangkan lah root canal nih sejenis rawatan akar gigi yang akan keluarkan canal (akar) gigi. 

Kos dia memang mahal, sebab banyak kali appointment dan prosedur agak rumit kata beliau. Jadi untuk kes saya nih, setiap appointment kena cas dalam RM200 gitu, belum lagi kos crown gigi dalam seribu lebih. 

Kira nanti totalnya dalam RM1500 +. Harganya boleh beli sebiji Smart TV atau android baru la.huhu

Tugas crown gigi ni untuk lindung gigi yang dah dikorek akar tadi sebab dah takda sensor kan. Deria rasa kat gigi hilang.

Kenapa lepas rawatan akar gigi, sakit terus hilang? Apabila sensor dah tak ada, hilanglah rasa sakit gigi itu. 

Doktor gigi akan keluarkan dan buang akar-akar gigi yang ada jangkitan kuman tu dan gantikannya dengan pengisi khas untuk bantu kekalkan struktur gigi yang masih ada lagi .


Kesan Selepas Buat Root Canal Treatment

Ikut pengalaman, akan rasa sakit lepas kesan bius hilang. Rahang sakit sebab nganga lama sangat kat klinik. (makan jela bubur atau makanan yang lembut dulu)

  • Lepas tu gusi dekat bahagian yang dirawat akan sakit dalam masa beberapa hari (berdenyut juga la beberapa hari) , doktor kata hal ini normal sebab masa buat rawatan tu dia lubangkan gigi, lepas tu buang semua akar keluar. Uishh ! mana tak sakit. Sakit !
  • Disebabkan sebelum rawatan kena bius dan kita rasa relaks je masa dia buat tu. Maka, masa kesan bius habis sakit pun datang. Ada dua tempat kena inject tau, tempat kena cucuk tu memang sakit lepas habis bius.
  • Gusi akan jadi sedikit bengkak, tapi jangan bimbang sebab akan surut dalam masa beberapa hari. Kena bertahan la kan sebab nak baik cepat. Boleh makan ubat tahan sakit yang doktor bekalkan lepas rawatan (paracetamol yang saya dapat)
  • Bila gigit makanan rasa tak seimbang je. Ni sebab doktor letak tampalan sementara kan, jadi memang rasa tak berapa selesa masa mengunyah. Kalau doktor okey, boleh minta tolong dia kurangkan ketebalan tampalan tu. 

Dalam masa seminggu, inshaAllah dengan izin-Nya rasa-rasa yang tak selesa kat atas nih akan mula beransur hilang. 

Dan masa keselesaan datang kita akan mungkin culas ( rasa sangat malas…) untuk pergi ke rawatan seterusnya. Jangan ye, sebab saya pun ada rasa yang sama juga. 

Tapi, ikut jela doktor kata macam mana, habiskan rawatan root canal nih supaya gigi dapat dielakkan daripada kena cabut dan rosak teruk.


Harga Root Canal Treatment Klinik Kerajaan

Untuk harga root canal treatment di klinik kerajaan kena tengok dari list harga cas pergigian. Mula dulu memang nak buat kat kerajaan sahaja. 

Tapi ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan jadi teruskan prosedur di klinik gigi swasta sahaja la. Lagipun dapat bayar ansuran.

Tapi, untuk rekod cuba rujuk link bawah untuk kos di klinik kerajaan. Rujukan sahaja, harga sebenar mungkin berbeza. Boleh cuba call klinik dulu tanya.




Tula gambar sebelum dan selepas rawatan. Yang sebelum tu masa lepas appointment pertama, doktor letakkan tampalan sementara. Masa ni memang sengal je rasa mulut. 

Jadi macam mana korang? 

Kalau sakit gigi tak hilang nak buat root canal treatment ke cabut gigi tu? Sayangg uii gigi. Tanya doktor dulu ye.

Masalah akar gigi yang kena jangkitan kuman nih jangan buat main, ada kes yang jangkitan melarat sehingga ke bahagian gusi dan rahang. Ada juga jangkitan bakteria melarat ke bahagian badan yang lain dan perlukan rawatan yang lebih kompleks dan sukar.


:: Disclaimer/Penafian

Pandangan di atas adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Keadaan mungkin berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan semasa individu.

Post a Comment

0 Comments