Pernah tak rasa sakit gigi walaupun dah tampal? Kadangkala pelik juga kan sebab rasa macam takdela dalam sangat pun gigi berlubang nih, tapi sakit dia berdenyut tu sampai ke kepala. Paling teruk sampai tak boleh nak tidur malam.
Saya pun dah rasa juga baru-baru nih sakit gigi teramat la sampai satu hari rasa tak tenteram je. Kawan pun ada cadangkan rawatan akar gigi sebab dia dah buat, katanya sakit gigi boleh sembuh.
Sebenarnya dah lama dah saya pergi tampal gigi yang satu nih. Mula-mula doktor tampal sementara sajalah sebab katanya nak tengok dulu keadaan lepas dua minggu kena datang check semula.
Lepas dua minggu tu saya okey je tak sakit dah, maka saya tak pergi buat tampalan kekal yang sepatutnya.
Masih Sakit Gigi Lepas di Tampal ?
Padahal sepatutnya kena buat tampalan kekal kan? Aduh ! Sebabnya rasa sihat & gigi tak sakit. Makan minum pun tiada masalah langsung.
Disebabkan tampalan sementara tu dah tercabut dan mula sakit. Rasa sakit sangat sampai agak susah nak makan dan minum.
Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment)
Seminggu selepas tu tampalan tercabut lagi. Kenapalah suka sangat tercabut lepas tampal gigi nih. Sebabkan sakit yang amat sampai tak boleh tidur, nak minum pun sakit makanya saya cari klinik alternatif dekat-dekat dengan rumah.
Sampai je doktor kata lubang (cavity) dah dalam sangat tu sebab sakit. Doktor cadangkan rawatan akar gigi (root canal treatment) la macam tu.
Ternganga kejap sebab tak faham apa bendanya.
Jadi dari penerangan doktor, rawatan ni bermaksud cara nak selamatkan gigi yang dah sakit sangat tu sebab tak boleh nak tampal lagi makanya kena matikan gigi.
Cara dia, kena drill sampai jumpa akar gigi dan keluarkan akar-akar yang sakit (infected) tu kemudian doktor akan bersihkan dan tampal serta buat crown gigi.
Maksudnya pembuangan seluruh saraf yang terdapat di dalam akar gigi yang telah dijangkiti kuman ataupun telah mati.
Tapi, rawatan ni rumit sikit la dan ambil masa katanya serta agak mahal. Satu gigi sahaja dekat RM1K lebih termasuk la buat crown gigi tu sekali.
Apakah ciri-ciri gigi perlukan rawatan akar (root canal treatment)?
- Gigi ada tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
- Gigi yang dah rosak teruk tapi masih boleh guna
- Gigi yang telah mati (non-vital)
- Untuk tujuan kecantikan gigi.
Bincang punya bincang, sebabkan bayaran boleh buat ansuran tu makanya hari ni alhamdulillah selesai dahla satu sesi pertama proses rawatan akar gigi saya ni.
Masa mula buat, doktor akan cucuk bius setempat dulu. Dah mula kebas, doktor mula drill dan buang tampalan gigi yang sebelum nih.
Kembang je rasa pipi sebelah kanan nih katanya kesan bius boleh lama sampai malam tapi ikut keadaan juga la.
Baca lagi : Akar gigi susu terkeluar dari gusi
Kena Tunggu Bengkak Reda Baru Sakit Hilang
Dah balik maka kita start la makan bubur nasi sahaja dulu. Syukur dapat makan lagi. Kesan bius mula nak hilang.
Sakit memang ada juga rasa sebab kena korek kan buang akar gigi tu semua, mana tak sakit.
0 Comments