Dry needling ini adalah suatu teknik akupuntur dengan tambahan simulasi elektrik. Kalau diikutkan ketika jarum dimasukkan rasa macam kena renjatan sedikit tapi saya bertahan.
Kemudian apabila simulasi elektrik dilakukan di jarum, otot yang sakit akan berdenyut dan seperti diurut perlahan tetapi urutan tersebut dapat dirasai didalam otot yang sakit.
Antara Punca-Punca Sakit Lutut
- Sakit dibahagian lutut dikategorikan sebagai salah satu sakit sendi.
- Antara punca lutut sakit adalah mungkin disebabkan oleh keadaan Osteoarthritis (OA) lutut yang disebabkan oleh tulang rawan di lutut yang makin mereput.
- Selain itu tendon koyak juga boleh meyebabkan sakit pada lutut selain dari kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) yang sering berlaku kepada kepada ahli sukan.
- Keadaan tulang lutut patah atau retak juga boleh menyebabkan kita mengalami kesakitan pada lutut.
Kurangkan Sakit Lutut Dengan Cara Akupuntur (Acupuncture) ?
Teknik ni sebenarnya berasal dari salah satu praktik perubatan kuno Cina. Ianya lebih kepada melegakan kesakitan apabila tenaga Chi dilepaskan. Tenaga ini dipercayai jika ianya terhalang akan menyebabkan kesakitan pada bahagian tertentu badan.
Namun sesuai dengan arus kemodenan, kaedah ini juga telah di tambahbaik oleh pengamal perubatan.
Saya telah berpeluang mencuba satu lagi teknik rawatan fisioterapi dengan kaedah Dry Needling Acupuncture (atau lebih dikenali dengan Western Acupuncture) di salah sebuah pusat terapi fisio berdekatan.
Sebelum prosedur rawatan dilakukan ke atas saya, kesakitan yang saya hadapi akan diteliti dahulu oleh perawat. Selepas itu rawatan akan dilakukan mengikut jenis kesakitan yang kita alami.
Contoh untuk sakit dibahagian belakang lutut saya beberapa minggu lepas, lutut akan stretch dan sakit lagi-lagi apabila dibengkokkan. Keadaan amat menyukarkan pergerakan saya terutamanya untuk solat dan melakukan kerja-kerja harian di rumah.
Physiotherapist yang berpengalaman di pusat rehab ini akan mula mengurut dibahagian yang sakit untuk kurangkan regangan di bahagian yang sakit kemudian diikuti dengan sesi dry needling.
Image by : Pexels |
Apakah Dry Needling Therapy (Western Acupuncture)
Ibaratnya kalau biasa kita urut mungkin kekuatan urutan terbatas dibahagian kulit sahaja, tetapi yang ini lebih kepada direct kepada point atau otot yang sakit.
Rasa sakit?
Ya, pada saya memang agak sakit ketika rawatan dilakukan serta rasa lenguh lepas rawatan. Tetapi selepas selesai dan berehat inshaAllah lenguh dan sakit akan mula berkurangan mengikut tahap kesakitan yang dialami oleh individu.
Jika teori teknik akupuntur cina lebih untuk melepaskan tenaga Chi. Tetapi dengan teknik (Dry Needling) Western Acupunture ini selepas jarum dimasukkan ke dalam titik simpulan atau tekanan di kulit atau otot.
Dengan sedikit simulasi elektrik akan mengurangkan ketegangan pada sekeliling otot yang sakit seterusnya mengurangkan kesakitan yang kita dialami.
Baca lagi: Kurangkan Sakit Kaki Selepas Hiking
Dry Needling dengan Simulasi Elektrik
Setakat ini dah kali ketiga saya buat terapi untuk minggu ini, alhamdulillah sakit belakang dan sakit pada belakang lutut makin berkurangan.
Dengan keadaan umur yang semakin meningkat kadangkala lupa nak jaga badan sendiri, apapun berikhtiar la selagi mana yang boleh dan jangan lupa berdoa juga kepada Allah SWT untuk memberikan nikmat kesihatan dan sentiasalah bersyukur kepadaNya.
0 Comments