Advertisement

10 Kata-Kata Semangat Motivasi Untuk Berjaya Dalam Hidup

Dalam hidup ada masanya kita berasa lelah, murung dan juga kecewa. Pelbagai perkara mungkin berlaku tanpa kita mahukan. Namun apakan daya kita melawan takdir. 

Ada kalanya juga kita hampir putus asa dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan untuk terus berjaya dalam hidup. 

Namun berbekalkan kecekalan dan ketabahan, kita perlu tetap kuat untuk bangkit dari kekecewaan. 

Oleh itu semoga kata-kata semangat dan motivasi di bawah dapat bantu kita semua untuk terus bermotivasi dan fokus dalam meneruskan hidup.

Teruslah berjuang dan berusaha melawan anasir-anasir negatif yang muncul dalam hidup. 


Koleksi Kata-Kata Semangat dan Motivasi Untuk Terus Berjaya Dalam Hidup

1) Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh - Hamka

2) Masa depan tergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini - Mahatma Gandhi

3) Tidak masalah seberapa lambat kamu berjalan asalkan kamu tidak berhenti - Confucius

4) Kejayaan terbesar dalam hidup bukan terletak pada tidak pernah jatuh, tetapi bangkit setiap kali kita jatuh - Nelson Mandela

5) Jika anda melihat apa yang anda ada dalam hidup, anda akan sentiasa mempunyai lebih. Jika anda melihat apa yang anda tidak ada dalam hidup, anda tidak akan pernah cukup - Oprah Winfrey

6) Masa depan adalah milik mereka yang percaya pada keindahan impian mereka - Eleanor Roosevelt

7) Pada saat-saat paling gelap kita mesti fokus untuk melihat cahaya - Aristotle

8) Anda mempunyai akal di kepala anda. Anda mempunyai kaki dalam kasut anda. Anda boleh memandu diri anda ke mana-mana arah yang anda pilih - Dr. Seuss

9) Kehidupan tidak pernah adil, dan mungkin ia adalah perkara yang baik untuk kebanyakan kita walaupun ia tidak adil - Oscar Wilde

10) Juallah duniamu untuk akhiratmu, nescaya kamu beruntung di keduanya. Dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya - Hasan Al-Basri

kata semangat dan motivasi untuk berjaya

kata semangat dan motivasi untuk berjaya


Semoga disaat anda sedang dalam kesedihan dan kurang bersemangat, kata-kata semangat di atas dapat bantu berikan anda motivasi dalam hidup. 

Jangan cepat menyerah kalah selagi tidak berusaha sehabis daya.


Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments