Masa balik dari Seremban sajalah lalu dekat highway Temiang Pantai yang viral tu. Wah! cantik rupanya. Patutlah ramai yang siap berhenti lagi di lorong kecemasan. Sepatutnya tak boleh. Membahayakan pemandu lain dan juga diri sendiri.
Pertama kali lalu sini untuk balik ke Selatan dari arah Semenyih. Kalau nak ke sini kena lalu dalam sama ada dari Lenggeng atau dari arah Semenyih ke arah Temiang, Seremban.
Highway Temiang Pemandangan Cantik Seperti di New Zealand
Saya tak pernah pergi lagi ke New Zealand. Jadi tak dapat nak bayangkan ramai yang kata macam pemandangan di jalan-jalan tepi bukit di sana.
Cuma dari pemerhatian sendiri kawasan sepanjang highway Temiang ni memang memukau mata. Cantik sangat. Patutlah ramai yang sengaja jalan ke sini semata-mata nak tengok sendiri lebuhraya dengan panorama seperti di New Zealand ini.
Beberapa gambar yang sempat saya snap dari dalam kereta.
Pemandangan cantik sepanjang lebuh raya |
Sejarah Pembinaan Lebuhraya Temiang-Pantai
Jalan dan termasuk lebuhraya dari Temiang ke Pantai telah mula dibuka kepada pengguna jalan raya pada 26 Ogos 2021.
Ia mempunyai jarak sepanjang 7.44 kilometer bermula dari persimpangan jalan Seremban-Kuala Klawang berakhir ni persimpangan masuk ke lebuhraya LEKAS.
Jalan ini dikatakan akan dapat meningkatkan potensi pembangunan kawasan sekitar serta nilai hartanah.
Disebabkan ia mula menjadi suatu tarikan pengunjung untuk melihat tempatnya yang cantik, kerajaan Negeri Sembilan akan memohon kepada Kerajaan Pusat untuk wujudkan suatu tempat yang sesuai untuk meletakkan kenderaan.
Cuma tak pasti bila ia akan terlaksana.
Baca lagi : Pengalaman Roadtrip Pantai Barat dari Johor ke Pulau Pinang
0 Comments