Advertisement

Cari Asam Pedas Mandi Laut di Sedili

Antara tempat menarik dan juga port mandi laut yang seronok Johor ialah di Sedili. Biasanya kami ke sana untuk main pantai di Pantai Teluk Mahkota (Jason Bay). 

Antara sebabnya ialah, pantainya agak landai berbanding Tanjung Balau dan pantai sekitar Desaru dan Pengerang.

Selain itu terdapat juga gerai-gerai makanan disekitar pantai. Tak lupa juga tandas yang besar dan juga terjaga dengan baik setakat ini. 

Antara Tempat Menarik Pantai Teluk Mahkota (Jason Bay) Sedili Johor

Kawasan pantai mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan menarik. Kalau nak tahu di sini juga terdapat deretan pokok rhu yang sesuai untuk bergambar. 

Kalau anda bawa tong ais, anda boleh beli pelbagai jenis makanan laut yang segar di pasar nelayan yang berdekatan.

tempat menarik di Sedili Johor

tempat menarik di Sedili

jeti sedili kecil
Keropok lekor di Jeti Tanjung Sedili

Jason Bay Beach Resort

Untuk penginapan pula, anda boleh menginap di Jason Bay Beach Resort. Terdapat pelbagai jenis chalet di sini dan juga tapak untuk berkhemah. 

Kalau bercadang untuk menginap anda kena tempah awal sebab hari minggu kebiasaannya penuh dengan pengunjung. Ada beberapa resort lain tetapi agak jauh dari pantai. 

tempat menarik di Sedili Johor
Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil

Alamat: Kampung Sungai Gading, 81900 Kota Tinggi, Johor

Asam Pedas Berdekatan Jeti Sedili Besar

Lepas mandi laut kalau nak makan boleh ke jeti dan restoran sekitar pantai. Cuma untuk kali ini kami terus memandu ke Sedili Besar untuk makan asam pedas berdekatan jeti Sedili Besar. 

Asam pedas dan ikan goreng kunyit

tempat menarik di Sedili Besar
Gerai atas air

Boleh makan di gerai atas laut sambil layan pemandangan bot-bot nelayan ulang alik ke jeti. Makanan sedap dan harga juga berpatutan. Memang boleh tertidur kalau lama-lama duduk di sini. 

Lokasi : FFY Asam Pedas, Jalan Hj. Mad Lazim, Sedili Besar, Kota Tinggi 81910 Johor.

Dengan angin laut sepoi-sepoi bahasanya. Lagi-lagi baru lepas mandi laut kan. Memang suka datang ke Sedili ni.

Post a Comment

0 Comments