Advertisement

Cara Ukur Saiz Kasut Dengan Betul

Kadangkala harga kasut yang sama dekat kedai online lagi murah. Masalahnya kalau nak membeli online ni tak tahu cara nak ukur saiz kasut dengan betul.

Masa belek-belek design kasut rupanya carta saiz tu ada bermacam jenis. Ada pelbagai saiz mengikut negara termasuklah saiz US, Europe, UK dan juga ukuran saiz kasut dari negara China.

Lagilah pening dibuatnya. Jadi dari apa yang saya baca, antara cara nak tahu saiz kasut kita seperti dibincangkan di bawah.

cara ukur saiz kasut dengan betul

Cara Ukur Saiz Kasut Yang Sesuai

1. Tentukan Ukuran Panjang Tapak Kaki

Lihat pada carta dibawah. Tanda garis biru tu adalah ukuran bahagian dalam kasut. Saiznya kita boleh sesuaikan dengan ukuran panjang tapak kaki kita. Antara cara lain nak ukur saiz kasut ialah dengan;

  1. Ambil satu pita pengukur dan letakkan kaki kita rapat ke dinding (kaki dalam keadaan selesa)
  2. Alaskan tapak kaki dengan kertas putih. 
  3. Tandakan pada bahagian jari kaki paling panjang. 
  4. Kemudian ukur dan tuliskan panjang tapak kaki.


Panjang tersebut adalah panjang kaki anda dalam ukuran centimeter (cm) atau milimeter (mm) dan padankan pada carta saiz kasut mengikut spesifikasi kasut yang ingin dibeli.

Kalau untuk kanak-kanak pula ada carta khas saiz kasut kanak-kanak.

Contoh Pengiraan Saiz Tapak Kaki Untuk Kasut 

  • Ukuran tapak kaki anda paling panjang adalah 240 mm (atau 24.0 cm) 
  • Jantina adalah perempuan
  • Maka saiz kasut yang sesuai adalah US 7, UK 4 atau EU 37
cara ukur saiz kaki untuk kasut perempuan

Tips Membeli Kasut Yang Sesuai Dengan Kegunaan

Sebagai contoh anda nak beli kasut sekolah untuk anak, maka pilih saiz yang besar sedikit dari kaki disebabkan faktor seperti

  • Tambahan pemakaian stoking (jika stokin tebal kaki anak akan terasa sedikit sempit dalam kasut). Jadi mungkin lebih baik ditambah sedikit saiz sehingga 0.5 hingga 1 inci (1.27 hingga 2.54 cm) untuk beri ruang kaki untuk stokin.
  • Pilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki. Ada sesetengah pengeluar kasut akan memberi info jenis kasut mereka seperti jenis menguncup di bahagian depan atau jenis yang besar di depan.
  • Jika anda mempunyai kaki yang agak besar di bahagian jari, anda tidak boleh memakai kasut jenis menguncup di depan. Akibatnya kaki akan cepat melecet semasa berjalan.
  • Ukur saiz kaki anda ketika waktu petang. Ketika ini kaki dalam keadaan yang baik (saiz optimum).

Cara Pilih Kasut Sekolah Yang Sesuai Untuk Anak

Kasut sekolah anak-anak mestilah cari jenis yang selesa. Tidak semestinya mahal tetapi cukup memberi rasa comfort pada kaki anak yang seharian di sekolah.

  • Tapak kasut jenis getah (untuk lebih grip) atau yang mempunyai jenis cengkaman kuat pada permukaan yang dipijak. Kadangkala sebab nak bergaya kasut kita beli tak ikut standard yang betul. 
  • Sekolah adalah kawasan yang kebanyakan berlantai jenis simen dan apabila licin akibat air dan sebagainya. Jika tapak kasut tidak grip pada permukaan lantai anak akan mudah terjatuh. 
  • Ikut pengalaman sendiri, saya pernah beli kasut cantik tetapi rupanya tapak kasut jenis campur dan tidak grip. Beberapa kali juga anak mengadu selalu hampir tergelincir ketika berjalan di sekolah.
  • Jenis fabrik yang sesuai. Ada jenis kasut yang kosong sahaja di dalamnya dan tiada berlapik span atau mesh dan foam. Kadangkala, walaupun sudah berstokin, bahagian jari akan sakit ketika berjalan. Lagi-lagi kalau hujung kaki menyentuh bahagian yang keras di dalam kasut.

Pilihan kasut dengan tali atau  dengan strap velcro? 

Nilaikan dengan keadaan semasa jika nak cepat bersiap boleh pilih strap velcro. Jenis bertali lebih memakan masa tetapi jika anak suka tiada salahnya.

Dengan harga yang jauh lebih murah dari pasaraya untuk sepasang kasut yang sama jenis, terpaksa jugalah beli online sahaja kasut sekolah tahun depan untuk anak-anak nih. 

Bukan apa, dengan keadaan sekarang nih, mana-mana yang boleh jimat tu kita jimatkan la. 

Semoga parents semua dapat praktikan info di atas semasa nak beli kasut sendiri atau anak-anak.

Post a Comment

0 Comments