Advertisement

Pengalaman Menginap di KSB Village Resort

Kalau musim cuti kebiasaannya di sekitar pantai Port Dickson mesti sesak dengan pengunjung. Kemudian nak dapat tempat menginap memang agak sukar. Nak dijadikan cerita rezeki kami dapat tempat menginap iaitu di KSB Village Resort, Kampung Sungai Baru Melaka.

Plan nak mandi di taman tema air yang ada di Selangor tetapi akhirnya kami ke pantai sahaja. Ikut majoriti yang nak mandi laut.


KSB Village Resort Kuala Sungai Baru Melaka
Resort ada disediakan pool kecil untuk kanak-kanak dan dewasa

KSB Village Resort Kuala Sungai Baru Melaka
Pemandangan ketika waktu petang (matahari mula terbenam)

Untuk info resort ni terletak berdekatan dengan sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka. Jadi kalau contohnya nak berkelah di Port Dickson pun tiada masalah kalau menginap di sini.


KSB Village Resort Kuala Sungai Baru Melaka
Berdekatan sempadan Negeri Sembilan dan Melaka

Family room yang selesa

Tak sangka juga rupanya ada resort yang cantik macam ni antara dua negeri. Terletak di kampung nelayan Kuala Sungai Baru,Melaka. Jarak ke pantai dalam lima minit berjalan kaki. 

Ada disediakan pintu keluar dan jalan untuk ke pantai berdekatan.


KSB Village Resort Kuala Sungai Baru Melaka

Manakala jarak resort dari Pantai Purnama, Port Dickson pula dalam kira-kira 30 km. Kalau berkereta anda mungkin akan ambil masa dalam setengah jam juga untuk ke sini. 


Pantai Ala Sky Mirror

Keadaan resort agak baru dengan staf yang mesra pelanggan. Kemudian dari pengalaman kami menginap biliknya bersih dan juga besar. Ada family room dan juga berhampiran dengan pantai. 

Resort juga ada disediakan kolam renang (pool) yang sederhana besar. Sesuai untuk kapasiti resort yang tidak besar.

Kalau anda pergi ke pantai waktu air surut boleh lihat lebih kurang macam Sky Mirror dekat Sekinchan tu. Cuma masa ni tak berapa ambil gambar sebab teman anak-anak main pantai. 


KSB Village Resort Kuala Sungai Baru Melaka
Pantai ala Sky Mirror pada waktu air surut

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan dengan keluarga kalau menginap di KSB Village Resort seperti;

  • Aktiviti Hiking di Fort Supai (Dutch Fort)
  • Makan Malam di Medan Ikan Bakar atau di restoran terapung Fort Supai
  • Stargazing jika langit cerah dan kurang awan

Jika musim langit cerah dan anda suka mencerap langit, boleh lakukan aktiviti ini disini ketika waktu malam. Cantik sangat pemandangan waktu malam dengan bintang-bintang bertaburan yang jelas.


Stargazing jika langit cerah (guna kamera handphone sahaja)

Makan malam di Restoran Ikan Bakar PNKMB



ikan bakar Kampung Sungai Baru Melaka
Menu ikan bakar


Kota Tinggalan Sejarah Fort Supai

Antara tempat menarik yang boleh dilawati adalah kota lama Fort Supai ataupun Dutch Fort. Kota lama ini dipercayaai dibina pada tahun 1870an oleh Belanda dan Bugis di muara Sungai Linggi. 

Nama Supai diambil dari pada masa ianya dibina, pihak Belanda telah menjadikan sepasukan tentera upahan yang dipanggil sipoi (Supai). Tentera upahan ini ditugaskan untuk menjaga kota ini. 


Kredit gambar: Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Jadi untuk anda yang nak cari tempat menginap selain di Port Dickson atau bandar Melaka, boleh cuba ke sini.

Lokasi : KSB Village Resort

1608, Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka

Post a Comment

4 Comments

  1. Lama tak ke Linggi. Dulu seminggu sekali turun sana mancing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar kata memang best memancing dekat Linggi ni.

      Delete
  2. Best juga. Macam-macam ada. Langit di kawasan pantai memang cantik kalau stargazing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat langit malam dekat sini kalau cuaca baik.

      Delete