Sejak laptop Lenovo saya mula slow dan kurang efisyen, saya mula survey cara beli custom PC gaming sendiri. Laptop yang sedia ada saya guna dari tahun 2014 lagi masa sambung belajar di UTM.
Lagi pula zaman PKP lepas punya la boring berkurung dekat rumah. Jadi carilah kalau-kalau ada custom PC gaming yang murah dekat Malaysia ni. Kalau tak dapat walk-in guna pos pun boleh kalau ada.
Kira ni cerita beli dah lama cuma baru nak update kat blog. Untuk memori gitu. Laptop lama pula banyak jasanya. Antaranya masa zaman belajar saya ada ambil upah buat blog terutamanya blogspot kebanyakan untuk rakan-rakan yang baru berjinak dengan buat dan bina blog sendiri.
Sambil-sambil tu kan dapat juga duit saku. Bukan tak usaha nak selamatkan laptop lama. Cuma banyak sangat komponen yang dah mula rosak. Nak baiki dan upgrade perlukan kos yang agak tinggi.
Apa Maksud Custom PC?
Maksud custom PC ni segala hardware dan komponen kita pilih dan gabungkan (mix match) sendiri. Tetapi! Ada tapinya bukan suka hati sahaja boleh gabung semua komponen dalam PC ni.
Kenalah tengok sama ada sesuai atau nama lain compatible ke atau tidak antara satu sama lain. Kalau noob (newbie) macam saya ni kena consult juga dengan technician kedai supaya tidak tersalah beli.
Antara hardware PC yang perlu dipertimbangkan termasuklah kad grafik (GPU), pemproses (CPU), storan dan juga RAM.
Antara kelebihan bina dan beli custome PC gaming ni anda boleh tambahbaik (upgrade) komponen atau spesifikasi dari semasa ke semasa.
Pengalaman & Cara Beli Custom PC Gaming
Okey survey punya survey akhirnya saya jumpa satu kedai komputer dekat Ulu Tiram. Kedai ni ada sediakan perkhidmatan bina custom PC ikut bajet pelanggan. Dengan harga yang ditawarkan agak berbaloi dari kedai-kedai lain maka saya decide untuk beli di sini sahaja.
Oleh sebab saya ni tak ada kepakaran nak pasang sendiri dan kebetulan husband pula sibuk. Jadi kena tambah upah untuk pasang sekali.
Komponen dia bagi pilihan untuk kita mix match siap dengan consultationnya sekali. Kalau tak suka boleh tukar ikut kemampuan kita. Menarik?
Saya rasa menarik sebab ini pertama kali beli PC gaming sendiri. Saya plan nak guna untuk bermain computer games dan juga untuk kegunaan reka grafik (graphic design) yang ringan.
Set lengkap custom PC gaming bajet saya |
Panduan Beli PC Gaming Untuk Pemula (Beginner)
Antara Senarai Barang Komponen Asas untuk PC Gaming antaranya ialah;
- Unit pemprosesan pusat (CPU)
- Memori (RAM)
- Unit pemprosesan grafik (GPU)
- Storan (storage SSD/HDD)
- Unit bekalan kuasa (PSU)
- Cooling System
- Perisian permainan
- Sistem operasi (OS)
- Komputer tidak laju.
- Tak dapat nak render grafik dengan baik.
- Permainan komputer tidak dapat dimainkan kerana spesifikasi PC yang kurang.
PUBG Emulator |
Biasanya seorang ni selalu conquer PC |
Spesifikasi Custom PC Gaming Saya
- Casing Segotep Prime M
- Processor AMD Ryzen 5 2600
- Motherboard (MOBO) Asrock A320M HDV (tiada RGB)
- Graphic Card Gigabyte GeForce GTX 1660
- RAM 16 GB (2 x 8GB)
- Storage SSD 250GB
- Stock CPU Cooler AMD Wraith Stealth
Proscessor AMD Ryzen 5 2600 |
Casing Segotep Warna Hitam (Putih dah habis pula) |
4 Comments
First time tahu istilah custom PC. Thanks for sharing. Hebat awak. Kalau saya yang buta IT ni nak beli laptop biasa pun pening kepala
ReplyDeleteSama-sama. Kita sama2 belajar sebab saya pun masih newbie lagi.
DeleteMemang tahu kalau PC Gaming harga dia telan air liur. Tak tahu lah kalau one day anak akan minta
ReplyDeleteKalau dia suka main computer games, lama-lama mesti minta juga tu hehe
Delete