Advertisement

Cara Nak Order Subway Sedap Serta Confident

Saya dulu langsung tak tahu cara nak order Subway yang sedap ni. Awal dulu start makan pun masa mula bekerja. Itupun nasib baik kawan kerja yang ajarkan cara nak order. 

Kalau saya seorang memang terkial-kial lah dengan beratur panjangnya kan.

Salah satu sebab nak sebut rotinya pun tak berapa nak faham jenis yang macam mana. Lepas tu pada saya menu yang dipamerkan pun agak mengelirukan. Ini pendapat sayalah. 

Tapi jujur saya katakan sejak dah tahu order saya jadi ketagih pula dah dengan sandwich Subway yang sedap. 

cara-cara nak order subway sedap dengan betul

Pelbagai Pilihan Sos Subway Dan Juga Sayuran Segar

Lepas tu macam-macam jenis sos ada yang kita boleh pilih. Itu belum lagi sayur-sayuran yang banyak boleh diletakkan dalam sandwich. 

Saya suka betul boleh letak sayur banyak tanpa extra cas. Memang mantap!

Cuma pada saya layout kaunter Subway ni pula macam tak berapa mesra alam. Walaupun stafnya okey dan mesra pelanggan. 

Entah mungkin sebab saya seorang sahaja kot yang keliru lebih.


Okey Jom Cara Nak Order Subway Dengan Cepat

1- Pilih Jenis Roti dan Jenis Makanan

Menu ada antara Subway footlong (satu kaki sandwich),  6 inch (inci), salad sahaja dan juga wrap. Pilih sahaja mana-mana pilihan anda. Saya biasa beli yang sandwich 6 inci tu.

Kalau pilih sandwich boleh antara roti, kalau wrap maka dapat wrap la nanti.

  • Hearty Italian
  • Wheat
  • Honey Oat
  • Italian, Parmesan ataupun,
  • Oregano. 

Setakat ni saya paling suka roti honey oat. Rasa dia memang kena betul dengan daging bakar dan juga jeruk timun (pickles). 

Kemudian langkah seterusnya ialah;

  • Pilih jenis roti ataupun wrap/salad
  • Pilih inti daging/ayam ataupun tuna
  • Lengkapkan dengan pelbagai pilihan sayur-sayuran segar
  • Topup dengan sos pilihan 
  • Tambah kepingan keju atau jika tidak suka boleh minta keluarkan
  • Pilih untuk sandwich dibakar (toast) atau tidak
cara order subway yang sedap
Kredit image : Subway Malaysia

Tips dan Panduan Pilih Sandwich Subway

  • Untuk tips jenis roti yang sedap saya cadangkan honey oat. Tetapi selalu cepat habis. Parmesan oregano dan hearty italian pun sedap juga. 
  • Jangan lupa minta dia toast roti tu tau nanti. Rasa lagi fresh dan sedap.
  • Sos pula anda boleh minta letak semua tapi nanti macam meleleh susah nak makan la pula kan. Antara sos kegemaran saya ialah honey mustard, thousand island dan juga sos sweet onion. Tak muak. Memang sedap!
  • Sayur tu ikut anda suka yang mana. Kalau saya suka timun, salad dan juga potongan buah zaitun (olive)


Pilih Untuk Ala Carte Ataupun Combo

Akhir sekali kat sini la saya selalu tersalah. Kadang-kadang saya cuma nak sandwichnya atau ala carte sahaja. Tetapi tersalah cakap combo.

Kalau pilih pakej combo anda akan dapat sekali dengan satu cup dan juga biskut (cookies of the day) atau jajan/chips. Cawan tu nanti boleh isi air yang anda suka dekat hujung kaunter. 

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

4 Comments

  1. ammi belum pernah order over the counter...selalu order guna apps grab je. Kalau ke kaunter sure tergagap2 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat kaunter kalau x ramai okey lagi sis Ammi..kalau ramai tu yang seriau takut salah cakap ehhe

      Delete
  2. Saya suka Subway Club dan BMT. Semua sayur hahaa biar penuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju2! Sayur tu kalau boleh overflow hehe

      Delete