Advertisement

Berikhtiar Dengan Minum Minyak Habbatussauda

Pengalaman minum minyak habbatussauda ni masa saya kena masalah gegata dan  alergi teruk dulu. Jenis alergi yang naik macam gegata dan bengkak-bengkak satu badan. Gatalnya memang tak dapat nak cerita. Perit juga menahan. 

Lama juga berulang alik ke bahagian pakar sakit kulit di hospital. Sampai doktor sendiri pun pelik sebab kalau ikutkan ujian darah memang tiada apa-apa masalah. 


Punca Masalah Gegata dan Alergi

Doktor cuma kata saya mungkin kena alergi teruk. Alergi pada apa tu kena cari sendiri haha! Yang mana saya sendiri juga tidak tahu. Sebelum tu saya jenis tak boleh terlebih makan daging lembu. 

Ikut nasib kalau tak naik gatal okey. Tapi selalunya memang akan naik gatal-gatal pada kulit. Jadi masa kena gegata ni saya stop makan makanan yang boleh trigger alergi macam seafood, kekacang dan juga daging lembu.

Antara ubat yang dibekalkan ialah anti histamin. Saya perlu ambil tiga kali sehari untuk kurangkan gatal-gatal dan juga bengkak di bahagian kulit dan mata. Selain itu saya letakkan calamine lotion untuk kurangkan rasa merengsa.


Cara Makan atau Minum Minyak Habbatussauda


Hampir lebih tiga bulan juga gegata naik dan turun setiap hari. Gatal dia sampai rasa nak keruk satu badan. Merenyam. Nak tidur pun susah. Jadi saya mula cari dan ikhtiar dari bahan-bahan semulajadi. 

Antara salah satunya ialah makan minyak Habbatussauda dan minyak zaitun. Saya ambil minyak ini dari jenis yang sudah dikapsulkan. Senang nak makan, telan je minyak Habbatussauda oil kapsul ini setiap hari. 

cara minum minyak habbatussauda
Beli jenis kapsul jenama Minsyam

cara minum minyak habbatussauda
Amalkan juga minyak zaitun (Olive oil)

3 Kebaikan Minyak Habbatussauda Untuk Kesihatan

Habbatus Sauda atau dalam bahasa saintifiknya Nigella Sativa (Black cumin) berasal dari tumbuhan adas dari Asia Tenggara.

Terdapat banyak kebaikan minyak Habbatussauda untuk kesihatan kita antaranya ialah;
  1. Tinggi Anti Oksidan
  2. Baik Untuk Kulit
  3. Bantu Menurunkan Kolesterol

Ianya mengandungi bahan aktif Thymoquinone yang merupakan salah satu anti oksidan bantu mengurangkan masalah radang.



Masalah Gegata Akhirnya Hilang


Dalam lebih tiga bulan juga gegata naik secara on-off. Kemudian ianya hilang terus dan keadaan tubuh jadi lebih sihat dan tiada masalah gatal-gatal. Saya masih teruskan makan Habbatus sauda dalam bentuk gel ini. 

Dalam beberapa bulan selepas sembuh dari gegata, kadangkala ada juga naik kembali sekali sekala. Kebiasaannya selepas saya ambil makanan yang boleh mendatangkan alergi. 

Apapun alhamdulillah saya bersyukur sebab rasa gatal-gatal yang teruk dah tiada. Selain dari ubat-ubatan hospital dan tradisional, pengambilan makanan juga perlu dijaga. 

Selain itu boleh juga amalkan minum minyak zaitun dan makan buah-buahan yang kaya anti oksidan seperti buah pomelo dan anggur hitam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Thanks for sharing. Memang bagus makanan sunnah. Saya pulak tak boleh makan ayam banyak. Nak cuba lah brand awak makan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try Sal. Lagi senang nak amalkan sebab dalam kapsul mudah nak bawa kemana-mana.

      Delete