Kalau nak beriadah atau lepak hujung minggu boleh ke satu tempat popular di Johor Bahru iaitu Forest City Gelang Patah. Kalau dari pusat bandar dan sekitarnya contoh Johor Bahru dalam 30 minit dan dari Senai dalam 45 minit perjalanan macam tu.
Biasanya kalau dari Senai atau Kulai boleh ikut Highway Link Kedua (Malaysia-Singapura). Nak ikut jalan lama ke Gelang Patah melalui Skudai ataupun Pontian pun tiada masalah.
Tapi perjalanan akan ambil masa yang lebih panjang disebabkan trafik.
Main Air di Forest City Water Park Gelang Patah
Dulu-dulu (dulu ehh?) tak silap ada banyak water sports yang boleh dicuba oleh pengunjung dekat sini. Tapi sekarang nampaknya macam dah tak ada. Mungkin lepas ni kalau ekonomi kembali rancak, mungkin permainan dan sukan air tersebut akan diadakan semula.
Mungkin, saya pun tak pasti.
Jadi untuk korang yang bawa famili boleh lepak dekat tepi pantai Forest City ataupun main kolam air dengan bayaran masuk sebanyak RM20 untuk Sabtu Ahad atau cuti umum manakala RM15 untuk hari biasa (weekdays). Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa.
Antara Tips Kalau Nak Beriadah di Forest City
Hari minggu memang agak crowded dengan pengunjung yang bawa keluarga ke sini. Tempat ni agak terbuka jadi disarankan pakai sunscreen atau sunblock yang sesuai sebab panas.
Tempat makan memang jauh sebab kena keluar dari Forest City ni dan makan sama ada di sekitar Gelang Patah. Kalau nak foodcourt boleh try makan dekat Bazar Mydin Anjung Nusajaya. Ada banyak gerai dekat situ.
Kalau nak cuba makan tepi laut boleh cuba ke Tanjung Adang berdekatan dengan Port Tanjung Pelepas. Ada restoran Cina Muslim di Tanjung Adang yang agak popular di situ.
Ada beberapa jenis kolam |
Mandi manda |
Pantai Selat Tebrau |
Berlatarbelakangkan bangunan kediaman dan pejabat |
Sambil tu boleh nikmati pemandangan Selat Tebrau yang berhadapan dengan Singapura. Boleh bawa makanan sendiri cuma tak dibenarkan BBQ di sini.
Kemudahan Surau dan Tandas
Surau dan tandas untuk tukar baju ada disediakan berhampiran dengan lobi dibahagian dalam bangunan. Kalau nak ke sana kena menapak sikit dari arah kolam renang.
Lokasi: Forest City Waterpark
Jalan Forest City Pulau Satu 81550 Gelang Patah Johor 10am - 6pm (Selasa - Ahad)
6 Comments
Boleh masuk dalam list ni, rumah akak pun dah dekat Senai
ReplyDeleteBest juga bawa anak-anak main air kolam sini sis.
DeleteBanyak juga tarikan Forest City. Pernah baca yang tempat ni sendu. Rupanya tidak ye
ReplyDeleteHehe..rasanya sekarang dah meriah balik dah Sal.
Deletehi sis, admission fees tu untuk yg nak mandi je ke? kalau ke pantai sahaja kena bayar juga tak? tq :)
ReplyDeleteBayaran untuk mandi pool sahaja sis.
DeleteKalau nak lepak2 tepi pantai area situ tak perlu bayaran.
Setakat ni parking juga masih percuma. Tapi masa depan mungkin akan kena bayar sebab tiang bayar parking dah diletakkan.