Ada yang dah tonton cerita Extraordinary Attorney Woo? Dalam cerita tu peguam Woo ni suka makan kimbap. Teringin pula dah! Saya pun cuba cara mudah buat kimbap Korea tapi guna beras biasa sahaja. Menjadi korang.
Siap beli set seaweed kering dengan bamboo roll tu sekali di Aeon. Kalau nak buat sushi guna beras biasa pun boleh kalau ikut cara-cara di bawah. Lebih kurang sahaja. Cuma kena tekan kuat sedikit masa nak roll tu.
Okey berbalik pada drama tadi ianya berputar tentang seorang peguam genius bernama Woo Young Woo yang ada autism spectrum disorder (ASD) sejak kecil. Tetapi dia sangat istimewa sebab sangat genius dalam bidang perundangan.
Memang tak boring nak habiskan setiap episod drama sampai episod terakhir. Pelakonnya pun aktres Park Eun-Bin yang comel tu berganding pula dengan Kang Tae-Oh yang handsome. Gituh!
Kimbap untuk dinner |
Cara Mudah Buat Kimbap Korea Guna Beras Biasa
Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Buat Kimbap Korea
- Helaian rumpai laut kering (Dry seaweed sheet) -1 keping
- Nasi sederhana panas - 1 mangkuk kecil (saiz mangkuk sup/mangkuk nasi Cina)
- Minyak bijan
- sedikit garam
Bahan Untuk Isi Kimbap
- Sosej
- Timun jepun (dipotong memanjang)
- Lobak merah/putih (dihiris/potong memanjang)
- Apa-apa sahaja yang anda suka
Cara-Cara Buat Kimbap Korea Guna Beras Biasa
- Masakkan/panaskan dahulu isi kimbap seperti sosej dan juga hirisan timun serta lobak dan asingkan sebentar
- Kaut satu senduk nasi sederhana panas dan masukkan dalam mangkuk
- Tambahkan beberapa titis minyak bijan dan secubit garam
- Gaulkan nasi dan kepalkan padat-padat nasi tersebut
- Bentangkan helaian seaweed dan letakkan nasi padat tadi secara memanjang sehingga 3/4 daripada saiz seaweed
- Letakkan dan susun isi kimbap yang anda suka di atas nasi
- Kemudian gulungkan nasi guna tikar buluh kecil (untuk sushi/kimbap). Kalau tiada cuba gulung sepadat mungkin
- Hati-hati menggulung supaya seaweed tidak terkoyak
- Basahkan bahagian hujung lebihan 1/4 seaweed dengan sedikit air (Tujuan untuk lekatkan gulungan)
- Lekatkan dan ketatkan gulungan kimbap
- Sedia dihidangkan. Boleh dimakan dengan cara dipotong membulat atau begitu sahaja.
Dah jadi kimbab korea guna beras biasa sahaja. |
2 Comments
teringin juga nak cuba buat
ReplyDeleteBoleh2, ikut je resipi atas nih.
Delete