Ada beberapa cara cari pendapatan sampingan dari rumah terutamanya bagi suri rumah. Ada juga duit belanja lebih untuk diri sendiri. Selain itu boleh duit lebih tersebut boleh buat tambahan tabungan untuk hari tua kelak.
Bergelar suri rumah ni selalunya kerja memang tak pernah habis. Ada sahaja yang hendak dibuat. Berkemas, memasak selain jaga dan mengasuh anak-anak.
Nak uruskan rumah tangga bukan kerja yang senang sebenarnya. Tapi kalau nak bijak menguruskan masa, ketika ada masa terluang boleh digunakan untuk jana pendapatan dari rumah.
Bagaimana Cara Cari Pendapatan Sampingan Dari Rumah Untuk Suri rumah ?
Duduk rumah anda bebas sebenarnya nak uruskan masa sendiri. Bak kata kalau sambil tengok smart TV pun boleh buat jualan.
Okey apa kerja dari rumah yang surirumah boleh cuba buat?
1- Jadi Penulis Sambilan (Ghostwriter, Penulis Blog dan Media Sosial)
Ini adalah antara kerja yang boleh pendapatan sampingan setiap bulan. Macam dari pengalaman saya, kerja penulisan ni anda boleh apply dari group-group penulis di FB. Penulisan pula ada yang dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu.
Terpulang ikut keselesaan anda. Saya pernah dapat soalan di bawah ni.
Kalau nak jadi penulis sambilan kena jadi blogger ke?
Tak perlu pun. Kenapa nak jadi blogger pula kan kalau anda hanya suka menulis. Tapi kalau ada blog sendiri itu satu kelebihan buat anda. Sebab di blog anda boleh letakkan contoh penulisan yang boleh dikongsikan dengan klien.
Sekarang pun anda boleh buat blog sendiri secara percuma. Tak perlu bayar pun. Guna platform Blogspot ataupun Wordpress.com. Dari blog juga anda boleh blogwalking ke rakan-rakan blogger yang lain. Bertukar-tukar pandangan dan juga pendapat.
Tapi kalau tak nak pun tak ada masalah. Terpulang. Selain itu boleh tengok gaya penulisan blogger-blogger profesional ni. Kita boleh belajar dari situ cara menulis dengan baik.
Selain itu sekarang ni kebanyakan klien suka artikel SEO untuk laman web mereka.
Jadi susah juga nak elak dari kena belajar menulis di blog ni.
2- Jadi Ejen Dropship atau Affiliate
Berniaga Ejen Dropship
Sistem perniagaan dropship ini bermaksud anda promosi kan produk, kemudian ambil order dan hantar kepada pemilik perniagaan untuk diposkan kepada pelanggan.
Kebiasaannya jika produk-produk dropship ini anda boleh letakkan harga anda sendiri kepada pelanggan.
Antara dropship yang biasa orang Malaysia suka buat ialah dropship Shopee dan juga Lazada. Anda buka satu kedai Shopee dan masukkan gambar-gambar produk dropship serta keterangannya. Masukkan harga dan promosikan produk tersebut.
Cuma antara kelemahannya anda perlu monitor penghantaran produk kepada pelanggan. Dan jika ada masalah pelanggan hubungi anda, dan anda pula perlu sampaikan kepada pembekal.
Daftar Ejen Affiliate
Jana
pendapatan online dengan sistem affiliate pula anda akan terima link produk. Secara ringkas kebiasaannya link affiliate tersebut untuk produk digital ataupun servis. Sebagai contoh produk digital ialah ebook (dalam bentuk PDF copy), lukisan grafik untuk logo, banner dan sebagainya.
Anda tidak terlibat dalam penghantaran dan tahu siapa pembeli tersebut.
Mereka akan membeli dari link unik anda dan berurusan terus dengan pemilik produk. Anda akan terima komisyen dari setiap jualan yang berjaya.
3- Pembantu Maya (Virtual Assistant, VA)
Antara kerja sambilan yang pernah saya lakukan sebagai suri rumah. Nak cari kerja sebagai virtual assistant anda kena rajin tengok jawatan kosong ini di bahagian Facebook jobs, laman web Freelancer dan ataupun Upwork.
Macam-macan jenis perkerjaan ditawarkan hanya dibuat secara online (dari rumah). Dari pengalaman saya sebagai Virtual Assistant, saya perlu bantu pemilik bisnes untuk proses order dari customer beliau.
Setiap whatsapp yang masuk saya perlu berikan butir pembayaran. Kemudian masukkan nama pembeli dan alamat mereka dalam sistem. Oh ya, untuk job ini pemilik bisnes menjual buku ebook (limited edition).
Beliau hanya menjual pada musim-musim tertentu sahaja. Oleh kerana beliau juga masih bekerja maka beliau perlukan seorang pembantu maya untuk uruskan order yang diterima.
Kerja yang sangat mudah pada saya. Untuk info, kerja tersebut berikan saya pulangan sebanyak RM1600 dalam jangka masa sebulan. Saya sangat bersyukur kerana sekurang-kurang dapat bantu tambah pendapatan keluarga walaupun saya seorang suri rumah.
4- Buat Bisnes Makanan Dari Rumah
Ramai suri rumah yang mula ceburi bidang bisnes makanan. Kalau anda suka memasak ataupun baking kek, brownies dan buat kuih muih anda boleh cuba menjual hasil masakan tersebut.
Cuma mungkin awal-awal tu minta suami ataupun jiran dan rakan rasa dulu.
Dapatkan feedback dan buat penambahbaikkan pada resipi yang diikuti. Kalau cukup yakin dengan rasanya anda boleh mula menjual.
Sebagai contoh sekarang ramai yang jual brownies dan kek mudah dipos di aplikasi Shopee. Antara sebabnya ialah kek tersebut tahan lama dan tidak mudah rosak.
Anda juga boleh cuba sebagai permulaan. Ini juga antara yang saya pernah buat untuk cari duit lebih untuk suri rumah.
Boleh ke Kita Jana Pendapatan Dari Rumah Tanpa Modal Besar?
Pada pendapat saya boleh. Mungkin awal-awal rasa agak susah sedikit nak bermula. Tetapi apabila dah dapat rentak kita akan boleh mula uruskan masa untuk anak-anak, keluarga dan juga bisnes online.
Semoga dari perkongsian cara nak buat duit lebih untuk suri rumah di atas dapat membantu beri anda idea untuk bermula.
Dari pengalaman saya nak kata dapat banyak sangat tu tidak, cuma boleh juga buat belanja untuk keperluan diri. Selain itu buat tambah-tambah simpanan kecemasan dan hari tua nanti.
Ada pendapat ataupun pengalaman sendiri kerja dari rumah?
Jom kongsi di komen. Semoga bermanfaat.
0 Comments