Advertisement

2 Cara Ukur Saiz Cincin Dengan Mudah

Dalam tak diam dah nak dekat majlis nikah saudara saya yang bertunang beberapa bulan lepas rupanya. Beliau ada juga tanya macam mana cara nak tahu dan ukur saiz cincin untuk lelaki dan perempuan? Nak survey cincin nikah online katanya.

Sebenarnya rasa macam baru sahaja kami bergotong-royong untuk majlis bertunang lepas. Alhamdulillah dapat kembali berkumpul sama-sama gubah dan siapkan hantaran tunang. Selain itu masak-memasak dan juga bertemu dengan ahli keluarga lain yang dah lama tidak bersua.

Manakala bab cincin kahwin ni pula terpulang pada bakal pengantin. Kalau sibuk urusan lain boleh sahaja beli secara online. Saya sendiri juga ada beberapa kali beli dan selalunya ada promosi lagi-lagi di Shopee. 

Setakat ni saiz cincin yang dibeli muat dan elok terletak di jari. Cuma anda kena pastikan saiz cincin tu muat dan betul. Ada beberapa sebab orang sekarang pilih untuk beli cincin online.


Antaranya Sebab Beli Cincin Tunang/Nikah Online

  • Kekangan masa untuk ke kedai emas/perhiasan
  • Bentuk cincin yang diinginkan tiada di kedai terdekat
  • Terdapat promosi dan potongan harga yang lebih berbaloi

Perbezaan Saiz Cincin US, UK dan Saiz Asian/HK


Ada dua jenis saiz yang biasa digunakan iaitu sama ada saiz US dan juga Asian/HK. Untuk saiz US kebiasaannya digunakan pada penjual online dari luar negara. Contohnya seperti jenama Tiffany & Co. yang gunakan saiz cincin US dan UK.

Jadi kan sebenarnya kalau tengok di carta saiz ni asasnya ialah diameter (ukur lilit) jari. Kalau dah pasti akan saiz ukur lilit maka mudah nak beli cincin terus ke kedai ataupun secara online. 

Manakala kedai cincin emas atau perak dan titanium di Malaysia pula gunakan saiz Asian/HK. HK ialah singkatan dari perkataan Hong Kong. Maka carta dibawah saya gunakan dari carta saiz cincin Asian.

Lagi satu tips kalau nak beli secara atas talian ni kena pastikan kedai emas tu wujud. Contoh macam kedai emas Habib di Shopee Mall dan Poh Kong. Baca review pembeli yang lain dan baru buat pilihan cincin dan teruskan dengan pembelian. 


2 Cara Ukur Saiz Cincin Untuk Lelaki dan Perempuan

Sebenarnya tak ada perbezaan pun caranya untuk lelaki dan perempuan. Metodnya sama sahaja dengan mengetahui ukur lilit jari anda.


Cara Pertama: Ukur Saiz Ukur Lilit Jari Anda

Langkah 1 : Sediakan sedikit kertas dan juga pembaris

Langkah 2 : Lilit kertas tadi di bahagian jari yang berkenaan

Langkah 3 : Tandakan pada bahagian yang bertemu. Pastikan lilitan kemas dan ketat yang selesa

Langkah 4 : Ukur panjang ukur lilit jari anda pada pembaris


Langkah ukur saiz cincin

Cara Ukur Saiz Cincin
carta saiz cincin


Contohnya : Jika panjang ukur lilit jari anda ialah 5.5cm maka saiz cincin anda ialah 14


Cara kedua: Ukur Terus Saiz Cincin Anda

Langkah 1 : Sediakan cincin sedia ada

Langkah 2 : Lukis bulatan (diameter) dalam cincin sedia ada anda

Langkah 3 : Lihat pada carta ukuran dan bandingkan saiz diameter dengan saiz cincin.


Saiz Setiap Jari Tidak Sama

Kalau dah ukur jari manis tangan kiri saiz 12 contohnya, jangan pula terus beli saiz tersebut untuk dipakai di jari manis tangan kanan. Setiap jari berbeza-beza saiznya. Kena ukur semula untuk jari yang  berlainan. 

Apabila kita dah tahu cara ukur cincin ni maka mudah lah nak beli cincin emas atau perak online. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan dapat ukur secara tepat saiz cincin anda.

Untuk bakal pengantin pula, pastikan anda dapat rehat yang cukup supaya wajah lebih berseri di hari pernikahan. Selain itu juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melangkah ke alam rumah tangga kelak.

Semoga bermanfaat. 

Post a Comment

1 Comments