Advertisement

Survey Harga Servis Cuci Karpet Rumah

Saya start survey harga servis cuci karpet rumah sebelum balik ke kampung lepas. Karpet yang ada ni dah sampai masa perlu dibersihkan. Saya secara peribadi suka guna karpet dekat ruang tamu dan juga satu lagi diletakkan bawah meja makan. 

Bukan sebab cantik sahaja tetapi sebab elakkan kaki ngilu dan rasa bisa pijak lantai marmar. Lagi satu suka rumah nampak ceria dengan karpet jenis corak abstrak. 

Untuk penjagaan harian pula kami akan kerap vakum. Cuma dalam satu tempoh atau karpet dah mula kotor kami akan hantar karpet ke pusat cucian karpet yang dipercayai untuk dibersihkan. 

Terus terang saya sendiri memang tak berapa kuat nak angkat karpet ni lagi-lagi kalau dah kena air. Berat yang amat! Jadi, memang kami asingkan bajet untuk servis cuci karpet ni.

Harga Servis Cuci Karpet Rumah


Servis cuci karpet ni selalunya termasuklah dibersihkan secara 'deep clean'. Dicuci bersih dengan sabun pencuci yang khas untuk karpet. Pernah juga basuh karpet sendiri dekat rumah, mungkin sabun terlalu kuat jadi warna karpet jadi pudar (colour faded).

Yang saya hantar ni harga servis karpet sekaki persegi bergantung kepada jenis sama ada ;

  • Karpet Turki (jenis permukaan keras) RM1.40 sqf
  • Karpet Shaggy (jenis berbulu) RM1.50 sqf
  • Karpet Velvet dan Span RM0.80 sqf

Yang buatkan saya ambil servis ni lagi satu sebab pekerja mereka akan datang pick up dan hantar semula ke rumah. Senang sikit sebab risau tak muat nak gulung letak dalam kereta.

Harga Servis Cuci Karpet Rumah JB
Nampak selesa selepas deep cleaned

Harga Servis Cuci Karpet Rumah Kulai
Harga termasuk ambil dan hantar karpet

Berapa Kerap Kena Cuci Karpet?


Penggunaan karpet ni sebenarnya akan menyimpan habuk dan kekotoran. Lagi-lagi macam rumah saya ni menghadap jalan besar. Habuk memang banyak.Walaupun dah vakum dengan kerap, tetapi sisa-sisa kekotoran tetap masih ada.

Untuk karpet rumah disarankan sekurang-kurangnya kita cuci sekali setahun (minimum). Tapi kalau dah mula nampak kotor satu macam tu, lebih baik cuci karpet tersebut. Tak perlu tunggu sampai setahun pun baru nak dicuci. 

Untuk karpet pejabat ataupun diletakkan dikawasan dengan penggunaan kerap (laluan pejalan kaki, tempat ibadat) disarankan antara tiga ke enam bulan sekali dibersihkan. 

Tetapi saranan diatas merupakan panduan sahaja. Lagi sekali jika karpet dah mula nampak kotor tu bolehlah dihantar untuk cucian (deep cleaning).

Anak-anak pula suka lepak golek-golek depan TV. Kadangkala tu boleh tidur sampai nyenyak dekat karpet ruang tamu. Jadi memang perlu kami pastikan karpet tersebut dalam keadaan yang bersih.

Cara Nak Pastikan Karpet Lebih Tahan Lama


Menurut The Carpet and Rug Institute, antara cara penjagaan terbaik untuk buat karpet tahan lama ialah;

  • Kerap divakum
  • Bersihkan kotoran dengan pencuci yang sesuai
  • Harga karpet ke servis pembersihan professional
  • Letakkan alas lain dibawah karpet untuk kurangkan geseran yang boleh merosakkan asas karpet

Untuk penggunaan vakum pula, kalau boleh pastikan guna alat sedutan yang bersesuaian dengan keadaan karpet. Contoh, kalau nak beli vakum tu boleh semak dulu kepala vakum tu ada tak diberi khas untuk karpet. 


Biasanya vakum yang ada aksesori tambahan untuk permukaan seperti karpet harganya akan sedikit mahal. 

Jadi korang pula macam mana? Basuh karpet sendiri atau hantar ke servis cuci karpet?

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam airis... tq slalu datang komen kat blog anakomak.... ni baru kesempatan balas kunjungan.... :)

    Cuci karpet camni sllau kita hantar kat kedai cuci kereta hehehe... slalu drg ada khidmat cuci karpet sekali... klu ada servis cuci kat rumah mmg mudah la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis datang singgah. Betul2, kebiasaannya memang servis cuci kereta ada sekali cuci karpet.

      Delete
  2. boleh rekemen kat parents. rumah diorang banyak karpet. orang tua senang kalau ada perkhidmatan ambil dan hantar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Sal. Kena hantar cuci lagi-lagi kalau lepas buat majilis keramaian.

      Delete