Kalau roti jala saya suka makan dengan kari ayam pekat. Makan pula masa petang-petang musim hujan sekarang ni. Bertambah-tambah dibuatnya.
Jom baca lagi resepi roti jala sukatan cawan sahaja dan guna blender. Tak perlu susah payah nak sukat dan timbang tepung lagi.
Roti jala lembut |
Cara Buat Roti Jala Sukatan Cawan Lembut
Antara bahan-bahannya ialah:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 2 cawan air
- 1 biji telur saiz besar (A)
- 2 ke 3 sudu minyak masak
- Garam sedikit
- Satu sudu kecil serbuk kunyit
- Kalau tak suka serbuk kunyit boleh guna pewarna jika suka
Untuk santan kalau tak ada, gantikan dengan air sahaja tiga cawan.
Cara Buat Roti Jala Gebu Guna Blender
- Satukan semua bahan dan blend sehingga sebati
- Panaskan kuali. Saya guna yang kuali non-stick (tidak melekat) untuk lebih mudah. Kemudian sapukan sedikit minyak.
- Tuang adunan dalam acuan roti jala
- Kemudian masak macam biasa (nak bentuk macam mana itu ikut suka anda)
Minyak pula bukan letak banyak-banyak macam nak menggoreng tu. Cuma lapkan sikit pada permukaan pan atau kuali anda. Tujuannya untuk elakkan roti jala dari melekat.
Acuan menjala tiada maka saya guna botol mineral sahaja |
Campuran semua bahan dan blend sebati |
Masak ikut bentuk yang disukai |
Saiz cawan pula kalau saya guna cawan untuk minum teh. Bukan gelas ya.
Makan Roti Jala Cicah Dengan Kari Ayam
Nak makan cicah dengan kari selain ayam pun tiada masalah. Ada yang suka makan cicah kari kambing atau kari daging. Ikut selera masing-masing.
2 Comments
kreatifnya pakai botol bekas mineral, okay nak buat jugak hehehe
ReplyDeleteHaha! terima kasih. Nak makan roti jala acuan pula tak ada.
Delete