Advertisement

Pengalaman Compressor Aircond Axia Rosak

Dalam menabung nak pergi melancong tiba-tiba compressor aircond axia rosak pula. Siapa yang pakai kereta perodua Axia mesti kena alert dengan masalah aircond. Sebelum ni pernah juga kawan saya mengadu kereta Axia beliau aircond tak sejuk. 

Masalah aircond Axia jadi berkali-kali katanya walaupun sudah dibaiki. Tak sangka jadi kat kereta saya pula. Nak pula kejadian rosak semasa tarikh nak servis sampai. 

Alang-alang tu sekali kita betulkan masalah aircond kereta Axia ni.


Compressor Aircond Axia Rosak Dan Bocor

Saya tak pasti masalah ni memang common ke terjadi dekat kereta Axia. Sebab rata-rata kenalan saya juga alami masalah yang sama. Dalam beberapa tahun ni memang kerap juga jadi masalah pada bahagian aircond. 

compressor aircond axia bocor

Harga Compressor Aircond Axia

Antaranya masalah yang terjadi selalu termasuklah aircond kereta kurang sejuk, bocor dan enjin berbunyi. Sebabkan kami selalu hantar dan setia dengan bengkel yang biasa jadi abang pomen bagi la harga rendah sikit. 

Lepas dah tawar menawar maka kena cas juga lebih kurang empat ratus lebih untuk tukar compressor yang bocor. Belum termasuk upah lagi tu. 

Kata beliau harga compressor Axia ni dalam range RM400 ke atas. Ikut kedai juga la nak bagi harga berapa bergantung kepada brand.


Claim Warranty Perodua Jika Masih Dalam Tempoh

Sekarang rasanya lagi mahal boleh cecah RM600. Kalau nak murah kena ambil yang compressor recond. Melayang sudah bajet nak berjalan-jalan. Kena tunggu la nampaknya plan next travel. Kumpul bajet dulu.

Sebabkan kereta ni pun dah habis tempoh warranty, jadi kami servis dan repair dekat bengkel luar. Dah tak pergi servis di pusat servis Perodua. Lagipun boleh la berjimat sikit sebab harga servis di bengkel kereta luar lebih murah.

Cuma kalau kereta Axia korang masih dalam warranty jangan pula tukar compressor aircond diluar. Lebih baik buat di Pusat Servis Perodua. Boleh claim warranty.

Post a Comment

7 Comments

  1. pernah jugak ada masalah aircond :( sama axia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa memang masalah biasa la dengan Axia nih..

      Delete
  2. aircond kereta wak pun sama masalah kadang sejuk kadang panas., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pening memikir masalah aircond ni Wak.

      Delete
  3. terima kasih berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  4. Adoiii mmg merundum la mood klu tetiba budget nak g cuti2 ke dah lari ke tempat lain hehe... tp klu x tukar, berpanas plak kan dalam kete...

    ReplyDelete