Advertisement

Pengalaman Beli Apple iPad Air Online

Orang dah berebut nak beli Iphone 14 kita baru nak cuba iPad Air. Mula-mula cari tab tapi akhirnya kami sepakat beli iPad Air untuk kegunaan bersama dekat rumah ni. Anak guna untuk attend kelas tambahan online. 

Saya pula guna untuk update blog dan juga belajar melukis lukisan digital melalui aplikasi Procreate. Saja cari hobi baru lagi-lagi sejak jadi stay at home mom ni. 

Boleh juga bantu hilangkan kebosanan dan juga kurangkan stress sebagai suri rumah.


Cara Beli iPad Harga Student Lebih Mudah

Okey untuk korang yang masih student korang sebenarnya boleh beli Apple Ipad dengan harga 'student price'. 

Ipad termasuklah iPad Pro, Air dan juga iPad Mini. Selain itu produk lain termasuklah MacBook dan juga iMac.

Cara-Cara Nak Beli Produk Apple Harga Student

  • Kemudian ke laman Unidays dan daftar akaun 
  • Buat verifikasi sama ada anda seorang pelajar ataupun staff sekolah/kolej/universiti melalui emel yang didaftarkan.
  • Anda akan terima emel verifikasi telah disahkan oleh pihak Apple dan boleh lah beli produk mereka dengan harga student.


Untuk program harga student produk Apple ini tidak termasuk iPhone. Antara sebabnya takut disalahguna oleh pihak lain selain yang berhak. 

Untuk verifikasi boleh guna emel pelajar ataupun staff. Selain daripada itu, boleh juga gunakan surat pengesahan sebagai pelajar atau staf dari tempat belajar dan beli di pengedar Apple yang sah.

Pengalaman Beli iPad Online

Nak cerita kami beli iPad Air ni secara online. Mula-mula nak beli dekat Machines atau Switch secara walk-in. Tapi sebab masa tu Machines dekat Shopee Mall tengah buat sales. Apa lagi kan, terus beli dekat situ jela. 

Alang-alang tu kami tambah sekali Apple Pencil (2nd generation). Untuk aksesori tambahan kami beli kemudian dari kedai lain.

Ada juga kami ke kedai sebenarnya, tapi tak dapat pula harga diskaun macam di Shopee tu. Debar juga nak tunggu parcel sampai ke rumah. Yelah, pertama kali beli iPad online. Parcel sampai dalam masa tiga hari berkerja dan dalam keadaan yang baik. 

cara beli apple ipad harga student price
Beli di Machines Shopee Mall dan casing di Nillkin

cara beli apple ipad harga student price
Aksesori wireless Keypad dan Mouse di Shopee

Terima iPad Dalam Keadaan Baik

Pembungkusan juga baik sebab diberi dalam kotak berserta bubble wrap. Selesai selesai daftar emel pengguna, saya beli pula aplikasi Procreate dan download ke iPad Air ni. 

Anak-anak memang excited lain macam lepas kami terima iPad. Ingat nak main games saja. Tapi biasanya kami akan pantau penggunaannya. Selain itu pastikan kena solat awal waktu serta siap semua kerja sekolah.

Lagi satu sebab sebelum ada kelebihan claim rebat Unifi Air jadi boleh la guna iPad dekat rumah. Tapi sebelum tu korang kena check dulu coverage Unifi sebelum guna. 

Mula-mula guna terkial-kial juga sebab sebelum ni kami guna Samsung Galaxy Tab. Cuma sayangnya tab tersebut dah tidak boleh di update firmwarenya. Guna untuk tengok Youtube sahaja. Itupun bateri dah mula cepat habis. 

Post a Comment

6 Comments

  1. Kalau beli produk elektronik jenama mahal macam ni kena dari pengedar sah baru lah tak risau menunggu posmen hantar kan. Hehehe. Selamat menimba ilmu dengan iPad baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ruby. Terima kasih, masih terkial-kial nak guna Procreate nih hehe

      Delete
  2. Baru tahu boleh beli dengan harga student.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Rugi kalau tak grab produk Apple harga student ni. Cuma kena verify sebagai student je lepas tu boleh beli harga rendah sikit.

      Delete
  3. bestnya dapat beli harga student hehehe

    ReplyDelete
  4. ipad bagus utk pembelajaran kelas anak2 kannn., ;p

    ReplyDelete