Jadi minggu ni kami plan bawa anak-anak mandi laut di Batu Layar. Dalam masa sama juga kami cari jalan ke jeti lama Sungai Rengit ni.
Lama kaki ni tak jejak pasir pantai. Sekali sekala memang terbit rindu nak berkelah sambil mandi air laut.
Pemandang dari bawah jeti lama Sungai Rengit, Pengerang |
Panduan Masuk Jalan ke Jeti Lama Sungai Rengit
Untuk anda yang nak ke sini jangan sampai tersilap masuk pula. Kalau ikut waze dia akan suruh masuk ke Balai Bomba. Dah satu hal pula nak explain dekat pegawai nanti. Sebenarnya jalan masuk ke Jeti Lama Sungai Rengit ni memang berhampiran betul dengan balai bomba.
Klu dia kalau nampak jalan merah hala ke dalam, itulah dia sebenarnya jalan masuk. Jeti lama ni sebenarnya jeti yang sudah ditinggalkan begitu sahaja.
Saya sebenarnya tak pasti sama ada ada usaha untuk baikpulih jeti ini atau tidak. Jalan merah ini juga bersebelahan dengan kawasan perkuburan Islam.
Jalan masuk tanah merah ke Jeti Lama Sungai Rengit |
Saya tak pasti pula siapa pemilik asal atau syarikat mana yang bangunkan jeti tersebut dulu. Tapi kalau ikutkan nama dia milik syarikat Jomis. Kawasan yang cantik macam ni sayang pula kalau dibiarkan macam tu saja.
Elok juga kalau jalan masuk di perbaiki dan di cantikkan untuk memudahkan pelawat serta pelancong.
Baca lagi : Pulau Yang Menarik Untuk Dilawati Di Mersing
Kenapa Jeti Lama Sungai Rengit Semakin Popular?
Pada saya jeti lama ni bentuknya unik. Sangat sesuai untuk mereka yang suka bersuafoto (selfie) dan ber-OOTD. Kawasan ni juga cantik dengan pemandangan laut dan juga kapal serta pelantar minyak di belakang jeti.
Pemandangan dari tepi jeti |
Kami sampai dalam jam 3 petang. Air laut pun sedang elok belum pasang. Jadi boleh turun ke bawah melalui laluan yang sedikit berbatu untuk bergambar dengan lebih dekat di Jeti.
Jalan masuk masih tanah merah, jadi hati-hatilah bawa kereta masuk. Jangan main redah saja sebab ada kawasan yang berlubang dalam.
Semoga bermanfaat.
4 Comments
tak pernah lagi sampai sini..salam kenal kembali sis airis
ReplyDeleteHi sis, boleh cuba ke sana nanti..Lawa tempatnya
Deletewahh jumpa juga erk jeti lama Sg Rengit ni., dulu wak pun sama punyela susah nk cari jeti ni smpi tersesat .. huhuhu cantik kannns
ReplyDeleteTersesat juga Wak kitaorang. Nasib baik jumpa jugak..rugi tak singgah tempat lawo
Delete