Advertisement

5 Senarai Taman Tema Air Di Selangor Patut Singgah

Kalau balik ke Selangor selalu ke shopping mall makan dengan keluarga. Sesekali cari juga tentang taman tema air di Selangor yang boleh disinggah. Selain anak-anak boleh bergembira main air, ahli keluarga lain juga boleh beriadah sambil hilangkan tekanan seharian. 


Alang-alang dah mencari water themepark kita listkan sekali untuk rujukan masa depan. Senang kalau nak pergi nanti. Jom baca lagi senarai taman tema air atau water themepark yang ada di sekitar Selangor ni.


5 Senarai Taman Tema Air Di Selangor Untuk Aktiviti Beriadah


1- Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Yang pertama sebab paling dekat dengan rumah keluarga. Senang sangat nak ke sini dan parking juga tidak susah. Tempatnya cantik dan luas serta bersih. 


Water park ini dibuat dengan pelbagai jenis taman permainan air yang boleh beri pengalaman bermain air dengan lebih seronok. Ada hotel berdekatan dengan Bangi Wonderland kalau anda nak menginap sekali. 


Di sini juga kalau boleh anda kena sewa tiub (pelampung) sebab kebanyakan permainan air lebih seronok digunakan dengan tiub air (water tube).


senarai water themepark di Selangor
Kredit gambar : Bangi Wonderland

Nak mudah beli tiket online di Shopee  dengan lebih awal. 


Lokasi: No. 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia


Baca lagi: Pengalaman Naik ke Star View Menara Alor Setar


2- Sunway Lagoon

Tak perlu di perkenalkan lagi Sunway Lagoon ni sebab memang antara lokasi popular di Selangor. Pertama kali datang sini masa darjah 6 kalau tak silap dengan sepupu dan juga keluarga besar. 


Seronok sangat main air dekat Sunway Lagoon ni. Kalau nak lebih puas main taman tema air ni boleh menginap di hotel-hotel berdekatan. 


senarai taman tema air di Selangor
Sunway Lagoon Malaysia


Lokasi: Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor


3- Riverine Splash @ Amverton Cove

Antara yang terbaru di Selangor Riverine Splash Themepark. Ianya dibuka di Pulau Carey dan mempunyai tarikan dan pelbagai gelongsor yang boleh dicuba. Kalau nak menginap pun boleh di Riverine Hotel & Suites. 


Tetapi tak silap ada hari yang ditutup (hari selasa) untuk aktiviti maintenance kolam. Jadi boleh la anda call dulu sebelum ke sana kalau tak nak kecewa anak-anak nanti. 


riverine splash amverton cove pulau carey
Kredit gambar Tourism Malaysia

Lokasi: Amverton Cove Golf & Island Resort, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor.


4- Taman Tema Air Wet World Shah Alam

Salah satu taman tema yang boleh anda singgah jika ke Shah Alam iaitu Taman Tema Air Wet World Shah Alam. Tengok pada review kebanyakan yang datang kata kolamnya agak cetek. Jadi memang sesuai kalau nak bawa anak-anak main air di sini.

Di sini juga disediakan tempat rehat atau pondok kecil (cabana) yang boleh anda sewa. Jadi lebih senang kalau nak letak barang-barang peribadi dan sebagainya.

senarai taman tema air selangor
Kredit gambar: Wet World Shah Alam

Lokasi: Taman Tasik Shah Alam (Tasik Tengah), 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

5- Waterworld di  I-City Shah Alam

Antara water themepark yang boleh dilawati ialah Waterworld I-City yang terletak di Shah Alam. Kalau baca review dekat Tripadvisor ramai yang kata I-City Waterpark ini kecil sahaja. 


Dalam masa lebih kurang satu jam dah boleh habiskan semua permainan. Mungkin lebih kepada aktiviti santai sahaja. 


Kredit gambar: Shopee

Pilihan Taman Tema Air Di Selangor


Kalau nak pergi ke taman teman (water themepark) dalam senarai di atas anda boleh baca review dulu dekat Facebook ataupun Tripadvisor. Kemungkinan ada pengunjung rasa bagus tetapi bukan untuk kita. 

Apapun tak rugi pun mencuba kan? Ada yang dah pernah sampai mana-mana themepark yang best dekat Selangor? 

Jom share dekat komen.

Post a Comment

0 Comments