Advertisement

Siput Gonggong Kukus Serai

Tiba-tiba Encik Abdul bawa balik siput gongong. Katanya nak cuba masak siput gonggong kukus atau stim dengan serai. Terdiam sekejap sebab belum pernah seumur hidup masak siput jenis ini. Suami suka betul dengan siput ni. Katanya menggamit memori sebab famili mertua suka makan.


Ada orang panggil siput tarik ekor. Ada yang panggil siput manis. Tapi saya biasa dengar siput gonggong je. Kalau makan dekat Senibong selalu juga order menu siput ni. Tapi bukan boleh order selalu sebab agak mahal. Pada saya rasa siput ni sedap cicah dengan sos. 


Siput gonggong nak beli pun masa Aeon buat promosi. Harga boleh tahan mahal juga. Cuma kalau harga jadi mampu milik tu boleh la nak beli lebih. Puas hati makan masak sendiri kan.


Siput Gonggong Kukus Dengan Serai

Nasib baik juga ada tanam serai dekat rumah ni. Senang kerja memasak. Nak stim atau kukus kena pastikan airnya dah betul-betul mendidih. 


Letak siput tadi dalam mangkuk tahan panas. Kemudian kukus gunaperiuk atau kuali kukus. Biarkan dalam beberapa minit. 


Tak perlu lama sebab nanti siput kecut sangat. Dah susah nak ditarik keluar dan liat.

 

siput gonggong kukus serai
Siput gonggong kukus


siput gonggong

Resipi Siput Gonggong Rebus Halia


Kebetulan sos pencicah khas masih ada beli masa jalan-jalan ke Mersing lepas. Jadi memang sesuai sangatlah siput gonggong ni kita kukus dengan serai sahaja. Mudah dan cepat. 

Tapi ada lagi satu cara kalau korang suka siput dimasak dengan cara rebus halia. Antara menu berhalia lain yang sedap ialah ayam masak halia dengan cendawan shiitake. 

Suka betul masa makan tergigit-gigit sikit halia tu kan. 

Untuk rujukan saya sertakan sekali cara-caranya dekat bawah. 

Tak renyah sangat pun nak bersihkan. 

Bahan-bahannya

  • Siput Gonggong 1/2 kg
  • Halia sebesar ibu jari
  • Sedikit garam
  • Sos pencicah

Cara-Cara Masak Siput Gonggong Rebus dengan Halia


  • Bersihkan siput gonggong
  • Jerang air dalam periuk yang muat untuk 1/2 kg siput
  • Apabila air mendidih masukkan siput dan tutup api dapur
  • Kacau siput tadi sekejap dan,
  • Terus angkat serta keluarkan siput dari periuk
  • Sedia dihidangkan

Cara Makan Siput Gonggong


Nak makan siput ni kena guna lidi ataupun apa-apa benda yang agak runcing. Kalau tiada lidi, boleh gunakan garfu. Tujuannya nak tarik keluar isi siput dari cengkerangnya. 

Caranya dengan cucuk bahagian runcing lidi atau garfu dekat ekor siput yang terkeluar sikit dari cengkerang. Kemudian tarik kuat-kuat sampai isi siput keluar.

Lepas tu cicah dengan sos pencicah kegemaran korang. Pada saya sedap juga siput gonggong ni. Cuma bukanlah favourite macam siput sedut tu. Jadi akhirnya siput rebus ni dihabiskan oleh Encik Abdul sahajalah.

Anak-anak pula makan juga tapi sambil tersengih-sengih. Entah apa yang lucu sangat dengan siput gonggong ni. Asyik nak bandingkan dengan satu lagi jenis siput yang suka duduk dalam pasu bunga tu.

Lagi satu kena berusaha sikit masa nak makan sebab kena tarik keluar pula isinya. Kalau tak kena cara terputus ekornya dah susah nak keluarkan isi siput.

Cengkerang Keras Siput Gonggong


Cengkerang siput gonggong ni keras. Memang tak boleh nak gigit bagi pecah ke apa. Mahu sakit pula gigi nanti kalau paksa gigit. Habis makan anak minta simpan cengkerang siput. Saya tanya nak buat apa?

Katanya nak buat display macam orang pasang dekat keychain tu. 

Lepas tu nak warnakan cengkerang siput yang dah dikeringkan nanti.


Korang pernah makan siput gonggong ni? Masak apa yang sedap ye?

Post a Comment

4 Comments

  1. Wah…macam rare je menu siput gonggong ni.
    Tak pernah makan, masak apa tah lagi.

    Kreatif anak2, siap nak buat keychain tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut musim juga siput ni. Kadang-kadang tak ada jual siput gonggong ni.

      Delete
  2. Susah nak jumpa siput gonggong ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermusim sis..Time ada boleh beli..selalu susah nak jumpa

      Delete