Advertisement

9 Senarai Barang Hantaran Bertunang Simple

Baru-baru ini ahli keluarga saya terdekat baru sahaja melangsungkan majlis bertunang. Kami dah lama tak ada majlis yang sebegini dalam suatu tempoh waktu yang agak lama. Jadi masing-masing kekok nak buat apa dulu. Mana senarai barang hantaran bertunang untuk pihak lelaki yang nak disediakan? Masing-masing jadi buntu sekejap. 


Maklumlah dah lama tak buat kenduri. Ikut perjanjian bertunang dalam tempoh enam bulan ke setahun. Kalau agak-agak dah bersedia boleh terus berkahwin. Jadi untuk majlis bertunang kali ni kami memang buat secara sederhana sahaja. 


Ada beberapa senarai  yang kami sediakan termasuklah barang hantaran tunang untuk pihak perempuan dan lelaki. Cenderahati atau goodies bag untuk para tetamu. Selain itu senarai makanan untuk majlis bertunang juga kami sediakan. 


Berapa Dulang Hantaran Tunang?

Nak berapa banyak pun sebenarnya terpulang kemampuan. Tetapi kalau ikut kebiasaan mesti dalam bilangan ganjil. Macam kami masa ahli keluarga bertunang lepas cuma 5 dulang berbalas 7 tujuh dari pihak lelaki. Bilangan hantaran tunang ni lelaki beri lebih dari bilangan perempuan. 


Tetapi nak kata rezeki kan, ramai pula yang nak jadi sponsor barang hantaran bertunang masa tu. 


Apabila dicampur-campur semua jadi banyak pula. Sampai boleh sedekah ke jiran terutamanya kek dan juga manisan seperti coklat. Ikut kata orang tua-tua dalam keluarga kalau bertunang ni hantaran cuma manisan sahaja dengan sepersalinan baju atau pakaian. 


Yang hantaran mahal-mahal dan grand tu nanti buat jadi hantaran kahwin. Jadi kami ikutkan sahaja petua orang tua dalam keluarga.


contoh senarai barang hantaran untuk bertunang simple
Senarai barang hantaran tunang

Antara Senarai Barang Hantaran Tunang

1- Cincin tunang dan Sirih Junjung

Cincin tunang ni dah siap-siap beli mana yang sesuai. Kadang-kadang kalau korang jenis sibuk kerja boleh sahaja beli online. Boleh baca cara nak ukur saiz cincin. Cakap tentang sirih junjung ni masa ni kami memang keliru pihak lelaki ke perempuan yang kena sediakan. 


Akhirnya pihak lelaki yang kena bawa semasa bertandang. Jadi pihak lelaki kenalah sediakan sirih junjung sebelum majlis bertunang. Gubahan untuk sirih junjung pihak lelaki tempah sahaja dengan tukang gubah hantaran. 


Masing-masing sibuk dengan kerja masa sebelum majlis ni jadi ada hantaran yang dibuat dengan upah tukang gubah. 


Hantaran bertunang sirih junjung
Gubahan Sirih Junjung
contoh pelamin tunang simple
Pelamin tunang simple ketika majlis

2- Cincin Merisik dan Tunang Jenis Belah Rotan

Orang kita memang kaya dengan adat resam. Selagi ianya tidak bertentangan dengan agama maka kita boleh ikut adat yang ditentukan dalam urusan bertunang. Cincin yang diberi semasa bertunang selalu dari jenis belah rotan. 

Kemudian saiznya agak besar sedikit daripada cincin merisik. Masa majlis pihak lelaki sarungkan dua jenis iaitu cincin merisik dan juga bertunang sekaligus. Kira satu majlis sahajalah senang kan.

Cincin belah rotan ini mempunyai bentuk yang ringkas sebagai tanda individu tersebut sudah bertunang. Tidak semestinya mahal tetapi kebiasaannya diperbuat dari emas sekurang-kurangnya emas 916.

senarai hantaran tunang
Beli cincin online di Shopee je

3- Antara Senarai Barang Hantaran Tunang Untuk Lelaki

  1. Kek brownies dengan hiasan khas bertunang
  2. Buah-buahan segar
  3. Pelbagai jenis coklat
  4. Sejadah gebu dan kain pelikat
  5. Kek buah kukus eksklusif
  6. Al-Quran dan terjemahannya
  7. Rehal
  8. Persalinan untuk solat seperti baju melayu, kurta dan sebagainya
  9. Set jam tangan pintar (smartwatch)

Saya suka betul dengan hantaran smartwatch tu. Banyak kegunaannya smartwatch ni antaranya boleh ukur tahap kesihatan harian, jumlah oksigen dalam darah dan juga tahap kalori yang sudah dibakar untuk mereka yang suka bersenam. 

Nak pula sekarang dah ada macam-macam jenis dipasaran dengan harga yang mampu milik. 

senarai barang hantaran bertunang
Boleh beli online di Shopee OS

4- Antara Senarai Barang Hantaran Tunang Untuk Perempuan

  1. Sirih junjung
  2. Kek coklat dengan hiasan khas bertunang
  3. Sepersalinan pakaian (Kain ela)
  4. Pelbagai jenis coklat
  5. Roti jala jelita dengan hiasan menarik
  6. Kek marble oren
  7. Buah-buahan
  8. Set telekung berkualiti tinggi
  9. Tudung trend terkini

contoh senarai hantaran tunang hantaran kahwin simple
Gubahan kami buat sendiri sahaja sebelum majlis.

Untuk jamuan majlis bertunang kami sediakan mee kari dan kuih muih untuk para jemputan. Mula-mula plan nak buat makan tengahari nasi minyak dengan ayam masak merah ala kenduri

Tapi sebabkan pihak lelaki nak datang petang jadi kami buat menu minum petang ringkas sahaja.

makanan untuk majlis bertunang
Mee kari dan kuih muih untuk para tetamu terdekat

Sukanya kalau dapat telekung dari yang tersayang kan. Alang-alang nak buat hantaran beli terus yang berkualiti tinggi dan diperbuat dari kain kapas. Tak panas dan juga mudah dibersihkan serta buatannya tahan lama.

senarai barangan hantaran bertunang
Kalau sibuk tempah online di Shopee sahaja

Pilihan Barang Hantaran Tunang Ikut Kemampuan

Untuk hantaran bertunang kali ini kami banyak memilih dari jenis makanan dan buah-buahan. Lagi-lagi masih dalam musim berjaga-jaga dengan jangkitan Covid-19. Jadi memang plan asal kami buat majlis bertunang yang simple dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja.

Untuk barang yang 'berat' dan mahal kita reserve untuk hantaran kahwin nanti. Baru terasa eksklusif dan bermakna untuk pasangan yang bakal berkahwin. 


Doakan ahli keluarga saya yang baru mengikat tali pertunangan sentiasa dirahmati-Nya inshaAllah, amin YRA.

Post a Comment

2 Comments

  1. setau saya sirih junjung bi ikut negeri. ada jugak negeri yang tak sediakan sirih junjung, tak kisah lelaki atau perempuan. tapi kalau orang Johor macam waib pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju ikut adat negeri masing-masing juga tu. Tempat saya kena sediakan.

      Delete