Rezeki anak-anak dapat makan buah rambutan gula batu masa balik kampung. Nak kata pokok rambutan yang ini selalu berbuah tak juga. Cuma tahun ni memang meriah sangat berbuah. Ada lagi satu pokok buah rambutan gading juga galak berbuah.
Cuma masa balik tu ramai saudara mara lain dah datang kait buah. Tinggal saki baki sahaja tapi cukuplah untuk kami anak-beranak rasa. Yang berbaki pun masih banyak sampai puas makan. Hujung minggu ni ada juga rasa nak berkelah ke Pantai Purnama, Port Dickson.
Bawah rambutan gula batu, kuning rambutan gading |
Pokok rambutan gula batu |
Tapi risau pula kalau laluan ke sana naik air lalu jalan kampung. Cuaca sekarang ni macam tak berapa nak menentu. Pagi panas tapi bila nak masuk tengahari tiba-tiba hujan lebat.
Berbalik pada rambutan yang dah dikait banyak-banyak tu saya kupas semuanya. Tujuannya supaya semua buah rambutan ni sempat dimakan sebelum membusuk. Lepas tu simpan dalam bekas kat peti sejuk. Boleh la ulang-ulang makan sambil tengok drama Korea kat Netflix.
Isi buah rambutan sedia dikupas |
Anak Pokok Rambutan dari MARDI
Rumah mak kami ni terletak di Felda. Untuk pengetahuan semasa mula-mula masuk Felda, kebanyakan peneroka akan diberi anak pokok buah-buahan untuk ditanam. Antaranya ialah anak pokok rambutan, durian, durian belanda, anak pokok mangga pauh dan pelbagai lagi.
Tapak rumah peneroka Felda kebiasaannya ada ruang yang lebar dibahagian belakang. Jadi dekat situ disuruh tanam anak pokok buah-buahan tempatan tadi.
Anak pokok pun bukan yang biasa, semuanya yang berkualiti dari MARDI. Hasilnya sampai ke anak cucu semua boleh merasa buah-buahan tempatan apabila tiba musimnya.
Antara Jenis-Jenis Rambutan
- Rambutan gading (R156)
- Rambutan gula batu (R191)
- Rambutan anak sekolah (R196)
8 Comments
Sedapnya rambutan! Dulu2 balik kampung suami selalu pegi petik rambutan. Sekarang dah takde sbb tanah tu dah diambik kerajaan untuk luaskan jalan.
ReplyDeleteBetul, saya pun suka sangat rambutan. Allahuakbar sedihnya. Mungkin ada rezeki lain juga sis.
DeleteMusim buah kali ini memang lebat buah rambutannya
ReplyDeleteBetul, banyak buahnya. Puas makan rambutan.
Deletelamanya tak makan rambutan. terliur pulak. sedap kalau petik dari pokok terus masuk mulut
ReplyDeleteSedapnya. Kupas siap-siap, simpan dalam peti sejuk ... memang syok!
ReplyDeleteHi assalamualaikum kak, masih ada ke pokok rambutan yg boleh dipajak?
ReplyDeletewaalaikumussalam, dah tak ada pokok yang sesuai.
Delete