Advertisement

Resipi Chocolate Chips Cookies Ala Famous Amos

Setiap kali ke shopping mall mesti ada je kiosk biskut Famous Amos. Baunya wangi sangat dan rasa biskutnya pun sangat sedap. Kalau makan tak sedar dah habis sebungkus.


Tapi itulah harganya pun boleh tahan juga untuk 100 gram. Biskut Famous Amos pada saya yang paling popular dan sedap tentunya Chocolate Chips Cookies. Biskut ni juga jadi pilihan dan favourite tetamu kalau dihidangkan pada sambutan hari perayaan selain dari kek pisang gebu. Memang cepat habis.


Jom baca lagi cara-cara nak buat biskut chocolate chips ala 'Famous Amos' ni. Lebih jimat kalau dapat buat sendiri di rumah. Puas makan. Resipi yang saya kongsikan tak perlu pun pakai mixer. Guna senduk kayu sahaja pun boleh dan lagi cepat. 


Bahan-bahannya pun tak susah nak dicari. Untuk adunan di bawah ini boleh dapat dalam anggaran 100 ke 100 ke 150 biji sekali buat. Saiz biskut pula dalam anggaran besar duit syiling 50 yang lama. 


Resipi Chocolate Chips Cookies Ala 'Famous Amos'

Bahan A (Dipukul guna senduk kayu)
  • 250 gram butter atau marjerin (saya guna Buttercup)
  • 1/2 cawan brown sugar
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil butter oil (untuk dapatkan bau yang lebih kurang biskut Famous Amos)
  • 1 biji kuning telur

Bahan B
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 cawan chocolate chips (saya guna jenis semi-sweet)

resepi biskut chocolate chips cookies famous amos
Rangup dan sedap

resepi biskut chocolate chips cookies famous amos
Resepi boleh dibuat sebagai jualan (satu adunan boleh dapat 2 1/2 botol plastik merah sederhana ni)


Cara Buat Chocolate Chips Cookies Ala 'Famous Amos'

  1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. 
  2. Kemudian masukkan kuning telur ,esen vanila serta butter oil
  3. Kacau bahan A sehingga sebati
  4. Kemudian ayakkan tepung gandum, baking powder dan juga soda bikarbonat dalam satu bekas dan masukkan dalam adunan bahan A tadi sedikit demi sedikit.
  5. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kacau rata
  6. Gunakan sudu dan kaupkan serta susun di atas baking tray yang telah dilapik dengan kertas parchment (baking paper).
  7. Susun sedikit jauh antara satu sama lain kerana biskut akan mengembang semasa dibakar
  8. Masukkan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dibakar.
  9. Panaskan oven ke suhu 160 C.
  10. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut bertukar warna keperangan.

Kalau anda jenis suka biskut ada kekacang boleh tambah hirisan kacang badam dalam adunan di atas.

Selamat mencuba semua.

Post a Comment

0 Comments