Ramai yang nak cuba masak ayam masak merah sedap macam kenduri kan? Lagi-lagi kalau tengah tak ada idea nak jamu tetamu yang datang bertandang ke rumah.
Kebiasaan saya kalau ada ahli keluarga, sanak saudara mahupun kawan-kawan datang melawat memang saya akan sediakan ayam masak merah sama ada dengan nasi putih ataupun nasi minyak. Saya sendiri pun memang suka sangat makan lauk ayam masak merah rasa kenduri ni.
Resipi Ayam Masak Merah Sedap Macam Kenduri
Mula-mula tu kena lah sediakan bahannya dulu supaya mudah nak mulakan proses memasak. Bahan-bahannya pun tak renyah sangat. Mudah dicari dan disediakan.
Mudah disediakan dan sedap. |
Ayam goreng kunyit |
Bahan-bahan Untuk Ayam Masak Merah Ala Kenduri
- Ayam setengah ekor (Potong 8 bahagian)
- Serbuk kunyit
- Gula dan garam
- Cili giling 4 sudu makan
- Pes asam jawa 1/2 sudu makan
- Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
- Serai 1 -2 batang di ketuk
- Bahan Tumbuk :
- Bawang merah 4 biji
- Bawang Putih 3 biji
- Halia 1/2 inci
Cara Masak Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah
- Mula-mula perap ayam dengan kunyit dan garam, kemudian goreng sehingga separuh masak. Kalau suka garing boleh goreng garing.
- Kemudian tumiskan rempah 4 sekawan sampai naik bau
- Tambahkan bahan tumbuk dan tumiskan sampai sedikit garing
- Tambahkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak
- Masukkan pes asam jawa dan garam 1 sudu teh, gula dalam 1 - 2 sudu makan
- Tumis sebentar dan masukkan serai
- Kemudian tambah air 2 cawan kecil ( dalam 400 ml )
- Tumis sehingga cili masak dan sedikit kering
- Masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi
- Gaulkan semua dan tambah air - biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Hidangkan Dengan Nasi Arab
Kalau nak lagi cepat korang boleh beli je set nasi arab yang sedia dimasak tu. Ada dari pelbagai jenama dari Brahim's sampailah ke Nasi Arab Yemeni Mendhi.
Mudah sangat nak sediakan sebab bahan-bahannya dah siap sedia dalam satu pek.
2 Comments
lauk favret kat kenduri kahwin
ReplyDeleteSama kita. Cari lauk ni dulu
Delete